Quantcast
Channel: Malaysia Instinct | Menerajui Berita Trending Malaysia!
Viewing all 5029 articles
Browse latest View live

Aksi Pelajar Perempuan Di Tandas Lelaki

$
0
0

Aksi tak senonoh pelajar perempuan di Singapura mendapat kecaman di laman maya. Pelajar tersebut ber'pose' di tempat kencing dalam tandas lelaki dengan gaya yang menghairahkan.

Kejadian dikatakan berlaku sewaktu kem sekolah.


Ini bukanlah kali pertama kes yang sama terjadi, sebelum ini terdapat sekumpulan lelaki dan perempuan bergambar di dalam tandas perempuan.

Mungkin kerana ingin sangat menjadi negara moden, hingga segalanya hampir tiada batas anatara lelaki dan perempuan. Perasaan malau adalah soal remeh temeh yang tak harus diperbesarkan.

Gelaran Beauty And The Beast Bukan Penghalang

$
0
0

Walaupun pernah menadapat jolokan 'beauty and the beast', Abhishek percaya isterinya sekarang adalah anugerah tuhan dan dia tidak perlu marah dengan jolokan sedemikian. Abhishek percaya mereka memang ditakdirkan untuk bersama dan bukan sebab dia datang dari keluarga Bachchan merupakan sebab utama Aishwarya mengahwininya.


Dia juga mengakui agak risau dan bimbang mempunyai isteri yang pernah dinobatkan sebagai perempuan tercantik, namun yakin tuhan telah memberikan yang terbaik untuknya dan tiada apa yang perlu dibimbangkan sangat.

Isu Air: Mainan PR Jatuhkan Khalid

$
0
0

Isu air di Selangor semakin meruncing sepertimana amaran pakar beberapa tahun sebelum ini.  Ia berpunca dari kedegilan kerajaan PR Selangor untuk menerima penyelesaian melalui Loji Rawatan Langat 2 mengikut tempoh perancangan asal kerajaan pusat.  Projek yang melibatkan negeri Selangor-Pahang itu dilaporkan selesai lebih 80%, namun, kerja-kerja di Langat 2 yang sepatutnya siap pada 2014 belum pun bermula lagi disebabkan permainan politik PR. 

Setakat Januari 2014, kedua-dua syarikat, Puncak Niaga dan Kumpulan Peransang telah bersetuju secara dasarnya untuk menerima tawaran KDEB untuk mengambil alih aset air mereka.  Manakala, Gamuda Bhd, yang merupakan pemegang konsesi lain yang terlibat dalam isu ini tidak dapat membuat keputusan terhadap tawaran sebelumnya oleh KDEB sementara menunggu beberapa isu yang telah dibangkitkan pada 4 Disember lalu.

Tawaran pengambilalihan bernilai RM9.65 bilion itu dibentangkan oleh kerajaan negeri kepada syarikat konsesi pada 21 November 2013 adalah hampir sama dengan yang telah ditolak sebelum ini.  Sekali gus memperlihatkan bahawa segala penangguhan dalam isu ini adalah sia-sia belaka.

Dalam keadaan di mana rakyat begitu tertekan dengan masalah ketiadaan air, pemimpin PR di negeri ini masih terus berpolitik.  Malah, terdengar cakap-cakap di kedai kopi bahawa krisis air ini turut dijadikan ‘modal’ politik dalam perebutan jawatan Menteri Besar di antara pemimpin PR. 

Dalam hal ini, maka Khalid Ibrahim pastinya menjadi sasaran paling tepat untuk dipersalahkan.  Apatah lagi dengan kenyataan-kenyataan Khalid mengenai isu air sebelum ini telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang perlu bertanggungjawab 100%. 

Antaranya ialah laporan oleh Malaysia Chronicle pada  11 September 2013 di mana beliau berjanji bahawa,  “penyusunan industri air di negeri ini yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun akan diselesaikan sebelum 31 Disember ini.”

Malaysian Insider pada 10 Disember 2013 juga melaporkan seperti berikut:
“Walaupun syarikat konsesi air di Selangor menolak tawaran RM9.65 billion daripada kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan ia diambil alih, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tetap optimis untuk melaksanakannya.  Khalid berkata, beliau yakin penstrukturan semula industri air di Selangor akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat”.
Namun, apa yang berlaku ialah ia masih lagi belum selesai dan rakyat semakin tertekan sedangkan pemimpin-pemimpin PR negeri terus bertelagah sesama sendiri.  Lebih malang lagi apabila seluruh tumpuan pemimpin Selangor kini diarahkan kepada PRK Kajang dan tiada siapa pun nampaknya yang prihatin dengan nasib rakyat Selangor dalam menghadapi krisis air. 

Dalam pertelagahan ini, yang menjadi taruhan tentulah jawatan Khalid Ibrahim.  Seperti yang kita tahu, Anwar Ibrahim adalah antara salah seorang pemimpin PR yang sedang ‘bersedia’ untuk mengambil alih jawatan MB dari Khalid Ibrahim. 

Justeru, adalah tidak mustahil bahawa di sebalik masalah ‘teknikal’ berikutan kedegilan kerajaan PR Selangor mengenai isu air, terdapat juga masalah ‘politikal’ yang menambahkan lagi kekusutan.   Desas-desus kedengaran bahawa terdapat sabotaj di kalangan PR sendiri untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim melalui isu air iaitu dengan cara membuat agihan bantuan bekalan secara terpilih sekadar untuk menaikkan kemarahan rakyat. 

Semakin rakyat tertekan dengan masalah air, semakin beranglah mereka terhadap kerajaan negeri dan semakin mudahlah kerja pihak yang ingin menjatuhkan Menteri Besar.

Dalam satu sessi dialog dengan Exco Selangor, YB Dr. Yaakob Sapari di kediaman MB Selangor pada 6 Ogos 2012, Anwar dengan yakin sekali menyatakan bahawa ‘isu air boleh selesai’ dan satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan meletakkan PR di Putrajaya.

Dan ‘keyakinan’ Anwar itulah yang menghairankan kita. 

Krisis air adalah masalah kerajaan negeri dengan syarikat konsesi yang berpunca dari kedegilan pihak kerajaan negeri.  Justeru, seorang Menteri Besar sahaja sepatutnya mampu menyelesaikannya tanpa perlu menjadi Perdana Menteri.  Anwar pasti tahu perkara ini tetapi mungkin sengaja membiarkan krisis berlarutan kerana yang akan dipersalahkan bukan dirinya, tetapi Khalid Ibrahim. 

Jika teori ini benar, maka ini bermakna bahawa PRK Kajang bukan sahaja membazir tetapi merupakan pilihanraya yang benar-benar menganiaya rakyat demi keuntungan politik seorang individu iaitu Anwar Ibrahim. 

PR Sibuk Politik Punca Masalah Denggi Di Selangor

$
0
0

Masalah denggi di Selangor bukan perkara baru dan tentulah tidak adil jika kita menyalahkan kerajaan PR seratus-peratus.  Namun, kita tidak dapat menafikan bahawa di bawah kerajaan PR, masalah ini semakin serius dan tidak terkawal.   Ramai yang menyalahkan sikap penduduk kota selain sikap kerajaan negeri yang terbukti tidak cekap mengendalikan perihal pengurusan sampah sarap dan penyaliran. 


Masalah air di Selangor juga bukan perkara baru dan seperti juga masalah denggi, ia menjadi semakin serius, terutama apabila kerajaan PR mengambil sikap degil dalam menangani Projek Langat 2.  Rata-rata rakyat amat tertekan dan marah akibat ketiadaan air di kediaman mereka sehingga dilaporkan ada yang bertindak ganas ‘menawan’ lori bekalan air. 

Kes denggi di Selangor telah meningkat sehingga 354% iaitu hampir setara dengan peningkatan gaji exco Selangor, namun, kerajaan PR Selangor langsung tidak mengulas mengenainya seolah-olah ia bukan urusan mereka.  Dalam isu air pula, PR terus menepis dan cuba menyalahkan BN tanpa sedikit pun rasa bersalah kerana membiarkan masalah tersebut berlarutan sedangkan ia boleh diselesaikan lama dahulu. 

Bukan hendak ditokok-tambah atau diada-adakan cerita, tetapi rakyat boleh melihat sendiri bagaimana kerajaan PR Selangor langsung tidak prihatin dengan masalah kronik yang dihadapi oleh rakyat negeri itu.  Baik pemimpin tertinggi negeri, iaitu Khalid Ibrahim, mahupun pemimpin tertinggi parti, iaitu Anwar Ibrahim, kedua-duanya hampir tidak langsung ambil peduli dengan nasib rakyat.

Khalid Ibrahim sibuk mengatur strategi untuk menyelamatkan jawatannya, manakala Anwar Ibrahim sibuk mengatur strategi untuk merampas jawatan Khalid.  Pemimpin lain seperti Azmin Ali pula sibuk melayan patah-hatinya akibat diketepikan Anwar dan dianiaya Khalid.  Manakala pemimpin DAP pula sibuk membela Teresa Kok sambil mengapi-apikan 13 Mei, serta terkinja-kinja gembira menikmati ‘kebebasan’ mengejek pemimpin Melayu sesuka hati.   

PAS pula, seperti biasa termangu-mangu sambil terhangguk-hangguk sekali sekala, sementara menunggu arahan dari DAP ataupun PKR untuk menyalak atau berguling apabila perlu. 

PR diketahui sebagai sebuah parti yang ‘obses’ dengan politik di mana pemimpinnya berpolitik sepanjang tahun tanpa mengira adanya pilihanraya atau tidak.  Wakil Rakyat PR juga rata-ratanya hanya bertindak sebagai ‘penyerang’ terhadap Barisan Nasional dan bukannya ‘berkhidmat’ kepada rakyat.  Justeru, tidak hairanlah apabila PR suka-suka hati menyuruh wakil rakyatnya meletak jawatan untuk digantikan dengan orang lain sepertimana yang berlaku di Kajang. 

Akibat dari sikap tidak bertanggungjawab ini, rakyat di negeri yang diperintah PR sering terpaksa memohon bantuan dari pemimpin BN sekiranya menghadapi masalah.  Dalam banyak kes, rakyat seolah-olah terlupa akan tanggungjawab kerajaan negeri PR dan terus merujuk kepada kerajaan pusat, iaitu BN. 

Kini, pilihanraya Kecil Kajang pula mengambil seluruh perhatian dan tumpuan pemimpin-pemimpin PR dari urusan negeri dan rakyat Selangor. 

Walhal kita tahu bahawa siapapun yang menjadi wakil rakyat di Kajang nanti, rakyat di situ akan tetap terpaksa merujuk kepada BN kerana wakil rakyat PR terlalu sibuk ‘menjana’ kewangan negeri dan tiada masa untuk rakyat marhaen, terutama dari bangsa Melayu dan India yang masih memerlukan tongkat untuk bersaing dalam arus pembangunan pesat di bandar itu. 

Berdasarkan hakikat ini, rakyat Selangor termasuk di Kajang wajar bersyukur kerana kerajaan pusat masih lagi BN.  Di bawah kementerian yang berkenaan, kerajaan BN begitu giat mencari jalan menangani masalah denggi dan juga air di Selangor.  Dan selagi BN menjadi kerajaan pusat, orang-orang Melayu dan India di Kajang boleh saja menyandarkan harapan yang mereka tidak akan dibiarkan merempat dan ditindas dek pendekatan liberalis dan kapitalis PR. 

Bayangkan, jika kerajaan pusat juga telah bertukar tangan ke PR, maka kepada siapakah rakyat Selangor boleh mengadu? 

Uganda Banteras Gay

$
0
0

Presiden Uganda, Yoweri Museveni mempertahankan keputusannya untuk menghancurkan aktiviti gay di negara ini, dengan menyifatkan pendirian tegasnya terhadap perbuatan tidak bermoral itu bermakna, beliau tidak akan sekali-kali mencium isterinya di khalayak ramai.

Kenyataannya yang disiarkan media tempatan itu, semalam dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang secara lantang mengkritik undang-undang antigay Uganda, malah Museveni meraikan kemenangannya pada pilihan raya negara ini dengan memeluk isterinya.


"Kelakuan homoseksual luar tabie perlu dihukum kerana di mana-mana di dunia ini, adalah diharamkan secara terbuka mempamerkan sebarang kelakuan seksual (mencium dan sebagainya), walaupun untuk heteroseksual

"Sekiranya saya mencium isteri saya di khalayak ramai, saya mungkin akan kalah dalam pilihan raya Uganda," kata Museveni yang mentadbir negara ini sejak 1986.


Dirogol 30 Lelaki

$
0
0
Hiasan

London: Seorang remaja perempuan diperkosa oleh 30 lelaki, termasuk pasangan bapa dan anak lelaki, dalam serangan seksual berlanjutan selama enam jam.

Dalam inkues semalam, aktivis hak wanita, Shaista Gohir memperincikan penderaan seksual terhadap mangsa melalui laporan yang mengejutkan itu. 

Menurut Shaista, eksploitasi seksual terhadap remaja terbabit dilakukan sekumpulan lelaki daripada etnik sama sering berlaku dengan pengetahuan pihak berkuasa. 


Namun, katanya, pemimpin masyarakat, sekolah mahupun keluarga mungkin tidak menghiraukan serangan sedemikian atau dalam sesetengah kes turut membela penyerang.

Shaista menggunakan kes mengerikan di Birmingham itu sebagai contoh kes dikemukakannya dan menggesa pihak berkuasa menangani isu berkenaan dengan segera.

“Kejadian itu berlaku selama enam jam membabitkan penyerang termasuk seorang bapa serta anaknya yang masih bersekolah, selain pemandu teksi yang muncul secara berkumpulan,” katanya. 

Laporan diserahkan kepada Majlis Bandaraya Birmingham itu dibuat susulan daripada temu bual dengan 35 mangsa serangan seksual, selain beberapa penjenayah seks daripada masyarakat Islam di seluruh Britain. 

Shaista turut mencabar pendapat popular dalam eksploitasi kes berprofil tinggi di Rochdale dan Oxford khususnya yang membabitkan kumpulan lelaki Asia yang menyerang remaja kulit putih. 

“Ramai orang memberitahu saya, mereka tahu mengenai kejadian di Rochdale dan Oxford, tetapi ia turut berlaku di Birmingham dan di tempat lain,” katanya. 

Amaran itu dibuat pada selepas kumpulan pemangsa seks kanak-kanak dipenjarakan kerana mendera kanak-kanak perempuan. 

Hakim John Bevan berkata, empat lelaki dan remaja lelaki seorang lelaki Kurdis dihukum kerana memperkosa lima kanak-kanak perempuan semuda 12 tahun. 

Empat daripada ahli kumpulan itu berasal dari Republik Czech dan Slovakia. Dua daripada mangsa berketurunan Czech dan Slovak, manakala tiga lagi berbangsa Inggeris. 

Tahun lalu, tujuh lelaki dari Oxford - kebanyakannya keturunan Pakistan - dipenjara kerana terbabit dengan operasi rangkaian seks kanak-kanak. 

Kanak-kanak perempuan sering menjadi sasaran masyarakat daripada etnik dan latar kebudayaan yang sama. 

Mereka sering didera kerana mudah diancam agar menutup mulut atau berdepan risiko menanggung malu di kalangan masyarakat. 

Apabila kes penderaan seksual didedahkan, sesetengah keluarga menghantar mangsa ke luar negara atau mengatur perkahwinan untuk mengelak isu berkenaan berpanjangan.

Telur Dari Tumbuhan

$
0
0

Sejenis telur tiruan diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan bakal menembusi pasaran global selepas firma Amerika Syarikat (AS) yang dibiayai lelaki terkaya di Asia mendedahkan perkara itu.

Ia bakal menggantikan telur dalam semua termasuk pembuatan kek hingga mayonis tanpa memerlukan seekor ayam untuk menghasilkan pengeluarannya. 

Produk keluaran Hampton Creek itu sudah dijual di Whole Foods di California dan kini firma yang dibiayai oleh lelaki terkaya Asia, Li Ka-shing serta pengasas bersama Yahoo, Jerry Yang, merancang untuk menembusi pasaran dunia. 


Malah syarikat terbabit dikatakan sudah menandatangani perjanjian kerjasama dengan 500 syarikat termasuk pengeluar dan peruncit makanan terbesar dunia.

“Teknologi membolehkan semua untuk mendapat lebih banyak pilihan untuk masa depan bersama yang lebih baik,” katanya.

“Untuk memenuhi semua permintaan penduduk dunia yang semakin bertambah, kita perlu lebih efisyen, lebih mesra alam sekitar dan lebih berkualiti serta banyak pilihan. 

Ketua pegawai eksekutif, Hampton Creek dan pengasas, Josh Tetrick berkata, kita hidup ketika pilihan tidak sihat adalah murah dan mudah, manakala pilihan sihat adalah mahal dan sukar.

“Sasaran kami sentiasa untuk membina sebuah syarikat yang menghasilkan makanan sihat dan mudah didapati kepada sesiapa saja.

“Menyelesaikan masalah itu bermakna menyelesaikan masalah kebanyakan orang ramai bukan hanya mereka yang mampu untuk membayar AS$5.99 bagi telur organik,” katanya.

Idea Tetrick adalah untuk mencari campuran tumbuh-tumbuhan yang senang tumbuh, apabila dicampur bersama dengan betul, meniru rasa, nilai khasiat dan kegunaan memasak bagi sebiji telur.

Jadi GRO Ganttikan Ibu Sakit

$
0
0

A 15-year old girl who was standing in for her mother for the first time as a guest relations officer (GRO) was detained by police at Serdang Raya here Friday evening.

Scantily clad and dolled up, her job description involved singing and dancing provocatively on a stage at a food court there while patrons, mostly men, look on.

This was her first night on the job, and she was a last minute stand-in as her mother was ill, though she was there in person to watch over her child.


Police raided the place and arrested the food court owner along with 15 women, including the teenager.

Her 53-year-old mother could only watch as officers handcuffed her daughter before taking her away.

The girl’s granduncle, who spoke on the condition of anonymity, said the mother worked as an entertainer at the food court.

She, along with other women, would sing and dance there, while customers are charged RM10 each when they want to give their favourite entertainer a flower necklace.

“Her mother is divorced and is suffering from depression.

“She has to spend over RM400 a month just on her medical bills, and she raised her daughter on her own. So, she has to do this work.

“Her daughter left school last year to look after her mother.

“Today is her daughter’s first day. Her mother came down with flu and couldn’t sing, and had asked her daughter to replace her just for today.

“Of all days for something like this to happen, it has to be this day,” lamented the man, who is in his 70s.

Serdang OCPD Supt Razak Elias said the women were brought to the Seri Kembangan police station for questioning and urine tests to detect drug use.

The teenager and six other women, who are Malaysians, were later released.

“We are holding another six women who are Chinese nationals and a Thai woman, who were found to have either overstayed, abused their student or visitor’s pass, or possess expired passports,” he said, while declining to confirm if the women arrested were suspected to be GROs.

Supt Razak said police had received many complaints of noise during the live performances at the food court, and were investigating the owners of the premises for operating and hiring workers without proper permits.

Game Tetris Boleh Kuruskan Badan?

$
0
0

AHLI psikologi mendakwa bermain Tetris mampu mengurangkan keinginan untuk makan terutamanya kepada mereka yang sedang mengamalkan diet.

Dengan hanya bermain permainan klasik itu selama tiga minit, ia akan menjadikan pengguna leka sekali gus mengganggu otak supaya tidak memikirkan tentang sebarang makanan ringan mahu pun rokok.

Penyelidik dari Universiti Plymouth, Jackie Andrade berkata, hasil kajian mendapati ia juga merupakan kaedah yang cepat bagi mereka yang sedang berusaha untuk berhenti merokok atau mengambil minuman keras.


"Walaupun bermain Tetris dalam tempoh yang pendek, namun ia mampu mengalihkan perhatian dan menghalang fikiran daripada memikirkan imej makanan yang menarik. Tanpa imej tersebut, maka keinginan untuk makan akan pudar," katanya.

Selain itu, laporan dipetik dari Daily Mail, beberapa individu yang mengambil bahagian dalam kaji selidik dijalankan universiti tersebut turut mengalami 24 peratus kurang keinginan makan selepas bermain Tetris berbanding bermain permainan lain.

Krisis Anwar Dan Cina

$
0
0

Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi 13 Mei 1969 kurang diketahui umum. Menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu sehari sebelum itu. 

Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris. 

Mereka berarak ke kediaman Naib Canselor UM dan menuntut penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan serta-merta di universiti itu. 

‘Krisis’ Anwar dengan masyarakat Cina berterusan hingga pertengahan 1980-an ketika banyak kepentingan Cina dalam koperasi yang mengambil deposit mengalami kerugian besar, dianggarkan RM3.6 bilion. 

Pertubuhan, syarikat dan parti politik Cina mendesak kerajaan menyelamatkan koperasi yang rugi dan membantu pelabur Cina, tetapi Anwar bertegas. Beliau juga enggan menemui wakil pertubuhan guru-guru sekolah Cina yang mahu menyekat kuasa Menteri Pelajaran. 

Sebaliknya, beliau menempatkan 100 pengetua dan guru kanan yang tidak berbahasa Mandarin ke sekolah rendah Cina. Tindakan Anwar menimbulkan kemarahan masyarakat Cina, lalu mendorong DAP dan MCA mengadakan demonstrasi membabitkan 2,000 orang. Penyokong Anwar membalas dengan mengadakan demonstrasi 15,000 orang di Chow Kit, lokasi peristiwa berdarah 13 Mei. 

Kegawatan ekonomi sekitar 1985-86 menyebabkan orang Cina sekali lagi mempertikai asas Dasar Ekonomi Baru yang dilihat pro-Melayu. Keadaan yang tegang dan kritikal menggugat keharmonian antara kaum dan menggugat keselamatan dalam negeri sehingga kerajaan terpaksa melancarkan ‘Operasi Lalang’ pada 1987 bagi meredakan suasana. 

Peristiwa ini dapat dibaca dalam buku Anwar Ibrahim: Evolution of A Muslim Democrat, karya Charles Allers (Monsoon, Singapore, 2013). 

Anwar juga perancang dan pemain utama ‘politik wang’ ketika bersama UMNO, terutama bagi menjayakan Team Wawasan yang menyokongnya dalam pemilihan parti pada 1993. 

Ramai kawan rapat dan ahli keluarga beliau yang mendapat habuan besar daripada pengagihan kontrak kerajaan dan penswastaan sekitar 1992 hingga 1994. 

Beliau juga mengawal media arus perdana dan menggunakannya untuk menyekat dan menyerang ‘musuh-musuhnya’ dalam UMNO, terutama Tun Ghafar Baba, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Sanusi Junid (ms 94) 

Hubungan Anwar dengan Pas sekadar menguntungkan beliau. Menurut Prof Osman Bakar, berbeza dengan PAS, Anwar tidak buang identiti Melayunya dan mengutamakan nilai plural serta universal Islam, bukannya soal hudud atau negara Islam (ms 65). 

Anwar sokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak sependapat dengan PAS dalam soal ini. Hujah Anwar, PAS salah meletakkan keutamaan seperti yang diutarakan Dr Yusof al-Qardhawi kerana hudud bukan soal terpenting bagi sebuah negara Islam dan Islam pula bukan semata-mata pasal hudud. 

Kata Nagata dan John Funston, Anwar yang berpendidikan Inggeris pada 1950-an dan 60-an bergantung kepada khidmat ulama terkenal untuk membantu kerjaya politiknya kerana beliau sedar kekurangannya dalam pendidikan agama formal. Ketika bersama ABIM dulu, beliau mewirakan Prof Syed Naguib al-Attas dan kini, al-Qardhawi dan ulama PAS yang boleh menyokongnya. 

Menarik juga diketahui bahawa walaupun pada mulanya Anwar bersama pemimpin PAS menyokong Revolusi Iran dan memuja Ayatollah Khomeini (1900-89), sebelum akhirnya menolak apabila melihat kegagalan pengaruh liberal dan reformis dalam kerajaan Islam republik itu. 

Anwar tidak suka apabila hakim Iran seperti Sadegh Khalkhali (1927-2003) menghukum pesalah yang berkhalwat atau melakukan kesalahan seks

Sharnaaz Makin Kurang Ajar

$
0
0

Sekarang lu (kamu) cerita apa pun wa (aku) mau (mahu) beli. Big bos (orang besar) sudah roger (hubungi) gua (aku). Wa (aku) tak boleh kasi (biar) malu wa (aku) punya bos. Harap lu (kamu) faham. Ini kali kita kasi habis.”

Itu antara SMS berbaur ugutan diterima pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi, 40, yang didakwanya dihantar pelakon Sharnaaz Basir Ahmad, 29, yang kini popular dengan drama Bukan Aku Tak Cinta. 


Fauzi berkata, kiriman SMS itu diterimanya pada 21 Februari lalu kira-kira jam 9.42 pagi dan dia percaya ia berkaitan insiden Sharnaaz mengamuk serta cuba menyerang isterinya, Nisdawati Nazaruddin, 35.

Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam dua kejadian berasingan di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Kuang dan Sungai Buloh, Selangor pada 19 dan 21 Februari lalu.

Kata Fauzi, dia menerima SMS berbaur ugutan itu selepas bertanya kepada Sharnaaz kenapa menengking dan cuba menyerang isterinya di lokasi penggambaran.

Hadi Terpaksa Bayar RM2 Juta

$
0
0

Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Dalam masa sama, Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.


Prosiding berlangsung hampir 30 minit di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Menurut wakil peguam plaintif, V. Saravanan, penghakiman itu dibuat selepas pihaknya menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang telah diterima oleh pihak defendan pada 16 Januari lalu.

Sehubungan itu katanya, plaintif telah memfailkan afidavit penyampaian dan perakuan ketidakhadiran defendan ke mahkamah sehari kemudian yang telah diluluskan oleh pihak mahkamah pada hari yang sama.

"Sekiranya defendan ingin membantah atau menentang penghakiman itu, maka, dia kena failkan permohonan kepada mahkamah. Itu terpulang kepada peguam dia.

"Jika tidak ada maklum balas daripada defendan, kami akan hantar salinan termeterai penghakiman yang meminta pembayaran saman plaintif iaitu sebanyak RM2 juta bersama faedahnya sekali.

"Sekiranya masih tidak ada apa-apa jawapan, kami akan teruskan dengan pelaksanaan saman. Kami akan failkan penghakiman ini secepat mungkin dan sebaik sahaja mahkamah telah keluarkan salinan termeterai, kami akan serahkan kepada defendan untuk tuntut jumlah penghakiman," katanya ketika ditemui.

Plaintif melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co., pada 5 Disember lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau mendakwa difitnah oleh pemimpin Pas itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.


Teen Married Six Times

$
0
0

A 17-YEAR-OLD girl claims she was forcibly married off by her parents six times in the past two years, Malaysia Nanban reported.

The teenager, whose father Mohammed Akhbar owned a pawnshop, finally escaped and approached the Hyderabad police with the help of a representative from a non-governmental organisation on Wednes-day.

In 2012, Akbar with the help of his third wife Niloufer, sister Mehrun-nisa and a marriage broker, had married off the girl for Rs30,000 (RM1,600) to a man named Basheer.


Basheer, however, abandoned her several months later.

This led to another marriage to another man also for Rs30,000 (RM1,600).

Her third and fourth marriages last year were performed in Mumbai for amounts ranging from Rs50,000 (RM2,668) to Rs1 lakh (RM5,337).

Several months ago, her fifth marriage was performed in Hyderabad with a Bahrain national for Rs1 lakh (RM5,337).

On Feb 14, she was married off to a 50-year-old man from Sudan.

Her family tried to send her to a hotel where the man was staying but the girl fled.

She spent the night at a relative’s house and approached the NGO on Wednesday.

Wanita Cantik Mudah Bercerai?

$
0
0

Kisah dongeng mendidik kita, seandainya jelita bak Cinderella dan puteri diraja, pasti hidup berakhir dengan bahagia. Mungkin itu sebab kita membiasakan diri menyamakan bahawa cantik itu bererti bahagia. 

Namun ini bukan kisah dongeng, malah reality hidup yang agak sinis. Orang cantik tidak semestinya hidup bahagia. Ada kalanya, dan juga kebanyakan masanya orang yang cantik juga sering kali musnah pelamin idaman. Lihat sahaja contoh di luar negara, selebriti Hollywood yang paras rupa jelita kalah anak patung yang bertukar-tukar suami seperti salinan baju. 


Jadi persoalan kali ini, mengapa wanita jelita bisa diceraikan?

Taksub dengan diri sendiri

Bukan nak kata semua orang cantik miliki sifat vain, narcissist atau terlalu taksub dengan paras rupa sendiri tetapi kadang kala itu yang menjadi perkara pertama yang merapuhkan hubungan. Hubungan bukan berbentuk sehala malah perlu ada pertalian dan kerjasama. Kalau sibuk ke salun kecantikan dan tidak hiraukan si dia, tidak berguna juga.

Terlalu yakin

Teman saya pernah berkongsi bahawa beliau tidak gemar berpacaran dengan wanita yang terlalu cantik kerana biasanya mereka terlalu yakin dengan kebolehan diri sendiri sehingga tidak ada cubaan untuk baiki diri sendiri atau cubaan untuk selamatkan hubungan. 

Tiada personality

Mula berkenalan dan berpacaran memang seronok, dapat lihat wanita jelita setiap hari dan menjadi bahan cemburu lelaki lain. Tetapi bagi jangka masa panjang, lelaki akan cepat bosan apabila tiada bahan lain yang boleh dibualkan. Kecantikan juga bisa pudar tetapi personality menarik pasti menyelamatkan keadaan.

Cemburu

Wanita cantik biasa menjadi perhatian di mana-mana. Tak semestinya perlu menjadi selebriti untuk mendapat perhatian orang. Seandainya si dia tidak dapat biasakan diri dengan perhatian yang wanita cantik terima setiap hari, mungkin cemburu membuta akan makan hubungan ini.
Pengajaran di sini, paras rupa bukanlah segalanya dalam suatu hubungan. Bukan paras rupa juga yang perlu disalahkan kerana berakhirnya suatu hubungan. Kadang kala sudah tertulis akan ketiadaan jodoh. Yang penting, jangan berhenti cuba mencari kebahagiaan. X

Misbun Tinggalkan Nusa Mahsuri

$
0
0

Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Datuk Seri Jalani Sidek sedia melepaskan jurulatih, Datuk Misbun Sidek andai menjadi pilihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi jawatan pengarah kejurulatihan.

Jalani berkata, keputusan terletak di tangan Misbun sepenuhnya dan jika BAM berjaya memujuk bekas jurulatih perseorangan negara itu kembali ke pangkuan badan induk berkenaan, dia memberikan sokongan sepenuhnya. 


Bagi saya, terpulang kepada Misbun tetapi sehingga sekarang pun kita belum tahu punca sebenar dia meninggalkan BAM sebelum ini. Kalau BAM boleh pujuk dan dia bersetuju, saya tiada masalah, kata Jalani ketika dihubungi, semalam. 

Selepas meninggalkan BAM pada Disember 2010, Misbun bergiat aktif sebagai jurulatih bersama Nusa Mahsuri dengan program pencarian bakat baru dianjurkan kelab berkenaan dan kini dia melatih anaknya, Misbun Ramdan Misbun yang keluar daripada BAM, awal tahun lalu.

Mengulas lanjut, Jalani yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1992 di Barcelona, Sepanyol bersama pasangannya, Razif Sidek bagaimanapun, berkata tugas sebagai pengarah kejurulatihan BAM bukan tanggungjawab yang mudah dan banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

Siapa yang duduk dalam BAM cabarannya besar kerana badan induk itu mahukan keputusan yang cepat apatah lagi tahun ini ada beberapa kejohanan besar (Piala Thomas, Sukan Komanwel, Kejohanan Dunia dan Sukan Asia). 

Bagi saya, sebagai pengarah kejurulatihan perlu ada blue print. Individu yang dilantik perlu diberi kuasa penuh tanpa sebarang gangguan terhadap perancangan yang dilakukan, ini tidak berlaku ketika Misbun menjadi jurulatih bersama BAM, kata Jalani.

Nama Misbun disebut-sebut sebagai salah seorang calon untuk jawatan pengarah kejurulatihan yang dicadangkan oleh bekas anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei selepas usaha mendapatkan khidmat bekas jaguh perseorangan Denmark, Morten Frost Hansen dikatakan buntu kerana meminta gaji yang terlalu tinggi sekitar RM100,000 sebulan.

Mei Fun Si Giant Killer

$
0
0

"KALAU kerbau kita pegang talinya, kalau manusia kita pegang janjinya'. Itu insiden yang terjadi pada 8 April 2010 setelah dengan tidak berdolak-dalik lagi, Datin Paduka Chew Mei Fun meletakkan semua jawatan dalam parti dan kerajaan.

Waktu itu bukan 'kecil anak' jawatan yang disandangnya. Jawatan Ketua Wanita MCA, Pengerusi Wanita MCA Selangor dan Pengerusi Skuad Bantuan Bencana (CRSM) dilepaskan. Bukan itu sahaja tetapi berserta sekali jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta senator.


Semua ini atas sebab prinsip. Iaitu enggan bekerjasama dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang terpilih sebagai Presiden MCA pada 28 Mac tahun yang sama, meskipun terbukti telah terlibat dalam satu skandal.

Meskipun Soi Lek sebelum itu menawarkan Mei Fun untuk menduduki Majlis Presiden, dia tetap berpegang pada prinsipnya. Tindakan Mei Fun itu wajar dipelajari kerana di situlah letaknya natijah demokrasi yang sebenarnya.

Dan tiga tahun selepas tidak mempunyai sebarang jawatan, mungkin kerana ditakdirkan atas integriti yang ada pada beliau, Mei Fun kembali bangkit dalam MCA setelah terpilih sebagai Naib Presiden pada penghujung tahun lalu.

Baru-baru ini, beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) yang akan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.

Kalau diamati dari segi integriti, prinsip ini barangkali tidak ada pada diri Anwar. Kita tentu tidak akan sesekali lupa bagaimana Anwar sekitar 2011 dengan selamba berbohong bukan saja kepada rakyat di negara ini, malah kepada seluruh penduduk dunia apabila mendakwa akan berlakunya peralihan kuasa kerana lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat menyokong pakatan pembangkang.

Kredibiliti dan maruah Penasihat PKR itu sebenarnya sudah tercalar sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. Sedangkan sebelum itu, bukan main lagi tidak mahu mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kononnya ada blackout, penipuan undi termasuklah isu 40,000 warga asing yang didakwa digunakan untuk mengundi.

Pembohongan dalam dakwaan isu 40,000 warga asing yang dibawa masuk menjelang pengundian itu begitu serius. Tetapi seperti mana sebelum ini, dakwaan terbaharu itu dinafikan Anwar walaupun dakwaan sama disiarkan dalam portal berita antarabangsa, antaranya Straits Times Singapore, Wall Street Journal, China Post, The Economist dan Korean Press.

Terlalu banyak pembohongan demi pembohongan yang dilakukan olehnya dalam usaha untuk mempengaruhi rakyat membenci UMNO dan kerajaan. Anwar berbohong dan melempar tuduhan liar untuk membangkitkan rasa amarah, sekali gus menghasut rakyat bertindak mengadakan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan.

Dan barangkali sudah tiba masanya bagi Malaysia mengamalkan 'politik ilmu bukannya politik ampu, politik hikmah bukan politik fitnah dan politik bakti bukan politik undi'.

Hakikatnya, integriti adalah fenomena abstrak dan subjektif yang lazimnya digandingkan dengan persepsi manusia terhadap kredibiliti, ketulusan, keikhlasan, kejujuran, etika, prinsip moral, hati budi, perilaku dan tahap dedikasi serta komitmen manusia lain. Ini terutamanya bagi mereka yang berjawatan seperti para menteri serta ahli Parlimen.

Watak yang dimainkan oleh ahli politik, apatah lagi bakal-bakal calon pilihan raya kecil DUN Kajang nanti termasuklah butir bicaranya juga dinilai dari sudut keintegritiannya. Sekiranya yang diomong dan diceramahkan itu tidak dilaksanakan, pada waktu itulah integritinya terhilang. Apatah lagi jika bicaranya itu sering kali mencela dan mencaci, pada waktu itu jugalah, integritinya semakin pudar dan lenyap. Inilah yang disebut oleh Syed Hussein al-Atas dalam Intelektual Masyarakat Membangun sebagai 'bebalisme' yang mana cirinya yang menonjol adalah kehilangan pekerti.

Di sebalik wajah integriti yang bertaut pada Mei Fun, apakah akan ada kejutan pada 23 Mac ini di Kajang? Adakah kira-kira 42 peratus pengundi Cina di Kajang akan memberi peluang kepada Mei Fun atau setidak-tidaknya untuk ruang kepada MCA sendiri tampil dengan tekad baharu memberi sumbangan kepada kaum Cina.

Jika diambil kira rekod MCA dengan parti saingannya, DAP dalam sejarah pilihan raya memang tidak kurang hebatnya. MCA juga boleh belajar daripada sejarah politik parti itu sendiri dalam 11 pertembungan dengan DAP bagi merebut kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang diadakan sejak 1969.

Pada 1969, MCA seri dengan DAP apabila kedua-dua parti itu masing-masing memenangi 13 kerusi. Namun pada pilihan raya 1974 MCA bangkit dengan (19-9),1978 (17-16) dan 1982 (24 -9). MCA kemudiannya tewas kepada DAP, dua kali berturut-turut pada 1986 (17-24) dan 1990 (18-20). Tetapi MCA kembali bangkit pada 1995 (30-9), 1999 (28-10) dan 2004 (31-12 ). MCA kembali kalah pada 2008 (15-28) dan yang terbaharu 2013 (7 -38). Ini bermakna MCA berjaya menewaskan DAP 7 kali, tewas 4 kali dan seri sekali dalam 11 pertembungan mereka.

Secara keseluruhannya MCA berjaya menang 219 kerusi berbanding DAP hanya 189 dalam pertembungan 44 tahun mereka sejak 1969.

Mei Fun boleh mengambil suntikan semangat ini untuk berdepan dengan PKR di Kajang.

Calon bukan pilihan atau 'underdog' pasti akan muncul dalam setiap pilihan raya termasuk dalam saingan pilihan raya kecil seperti Kajang. Sejarah pilihan raya di negara ini menyaksikan ramai calon 'heavyweight' yang tumbang. Apa yang membezakan calon-calon bukan pilihan ini adalah kemampuan dan keterampilan mereka untuk menggugat calon pilihan dan menjadi calon 'Giant Killer'.

Mei Fun tampil dengan rekod integriti dan reputasi yang baik. Cuma, mampukah beliau mencipta kejutan sebagai si Giant Killer - dalam keadaan politik semasa di mana sesetengah pengundi sudah mempunyai pendirian masing-masing parti atau calon mana yang mahu diundi?

Penghadang Besi Elak Meniru

$
0
0

With the prevalence of myopia among young children in China, this primary school has come up with a creative solution to prevent students' from reading too close to their books.

According to an article in Hug China, Zhanglin primary school in the Hubei province drew national attention when it installed metal bars on the desks of all students when the school reopened after the spring festival holiday.


The principal of the school, Zhang Jianming, explained that the bars will be used to prevent pupils from getting too close to their books and eventually help the students form good reading habits.

The bars can also be pushed back to the recommended distance in which children should be holding their books.

Moral Antara Teresa Kok Dan Mei Fun

$
0
0

Tidak salah jika kita katakan bahawa PRK Kajang adalah PRK paling kotor dan membazir dalam sejarah kerana ia diadakan khas untuk Anwar Ibrahim.  Seolah-olah seorang artis yang sudah hampir dilupakan, Anwar menjadikan PRK Kajang sebagai medan untuk mempromosi diri bagi memastikan hayat politiknya tidak terkubur begitu saja.  Apatah lagi dengan rayuan kes liwat yang tampak agak ‘sukar’ akibat kegagalan mengenepikan Dato’ Shafiee Abdullah dari barisan pendakwaan.

Walaupun Anwar ingin menjadikan PRK Kajang sebagai pentas untuk ‘memasarkan’ dirinya dan kesinambungan partinya, tetapi hakikat sebenarnya ialah PRK ini turut ada baiknya untuk rakyat kerana ia mampu membantu rakyat menilai buat kesekian kalinya, siapa itu Anwar dan apakah jenis parti yang diwakilinya. 

Lebih dari itu, dengan pengumuman dari MCA untuk menyahut cabaran Anwar, maka PRK ini juga sekali gus dapat membantu rakyat menilai kembali komitmen MCA di dalam Barisan Nasional. 

Sekiranya rakyat ingin melihat PRK Kajang sebagai pertandingan moral pemimpin, maka calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, bukanlah lawan Anwar.   Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA, berkeperibadian baik serta berprinsip.  Untuk itu, beliau turut dipuji oleh media pro-PR sebagai bersih dan berintegriti.  Pendek kata, Chew Mei Fun adalah pilihan terbaik dan tepat sehinggakan tiada siapa pun yang dapat berkata sesuatu yang buruk terhadap dirinya.  Ini menjadikan beliau dengan Anwar bagaikan langit dengan bumi. 

Justeru, adalah tidak perlu rasanya untuk kita membandingkan antara kedua personaliti ini, tetapi melihat PRK ini sebagai kayu pengukur kematangan pengundi dalam memilih calon dan parti. 

PRK Kajang adalah bukti bahawa parti PKR adalah parti yang tidak bertanggungjawab.  Sebaliknya MCA pula adalah parti yang bersungguh-sungguh berusaha memulihkan kekuatan dan memperbaharui komitmen dengan BN. 

Strategi PR dalam PRK Kajang adalah jelas iaitu untuk meraih undi berdasarkan sentimen perkauman dan agama.   Ini terbukti apabila Anwar masuk ke gereja untuk berkempen bagi ‘memberi harapan’ kepada Kristian mengenai isu kalimah ‘Allah’ dan kemudian berjanji akan mempertahankan kalimah ‘Allah’ di dalam ceramah lain di hadapan orang-orang Melayu. 

Berbeza dengan MCA, di mana parti itu tidak menyentuh persoalan sensitif tetapi membawa bersamanya seruan perpaduan, semangat setiakawan dan keharmonian antara kaum. 

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh menafikan yang faktor ‘kaum’ tetap menghantui PRK ini. 

Memandangkan pengundi dari kaum Cina menjadi sasaran utama kedua belah pihak, maka dirasakan adalah lebih wajar jika kita membandingkan Chew Mei Fun dengan pemimpin Cina dari PR juga.  Lawan yang paling sesuai, tentulah ‘heroin paling bijak’ dalam PR buat masa ini iaitu Teresa Kok.  


Teresa Kok kini menjadi antara personaliti paling penting dalam DAP hanya kerana beliau merakamkan video ucapan Tahun Baru Cina dengan cara mengejek-ejek Perdana Menteri dan isteri.   Video tersebut dikecam hebat oleh rakyat Malaysia kerana dianggap tidak sensitif dan tidak matang dalam memikul tugasnya sebagai pemimpin. 

Apa yang menarik ialah, sikap DAP dan keseluruhan Pakatan Rakyat yang tidak melihat sebarang kesalahan dari video Teresa Kok.  Malah, Teresa dibela bersungguh-sungguh sehinggakan pemimpin tertinggi DAP iaitu Lim Kit Siang sendiri dilihat tiada kerja lain selain menulis membela Teresa Kok sejak beberapa minggu lalu di dalam blog beliau.

Perlu diingatkan bahawa Teresa Kok juga telah dikaitkan dengan projek RM1billion dengan syarikat Goldsino dari China.  Oleh itu, integriti beliau dan juga parti DAP serta PR dan PKR Selangor semuanya menjadi tandatanya. 

Berdasarkan hakikat ini, maka tidak salahlah sepertimana yang dikatakan tadi iaitu PRK Kajang bukan semestinya sebuah platform untuk Anwar mencari glamour.  Tetapi, apa yang lebih penting ialah ia merupakan platform untuk kita menilai pemikiran masyarakat Cina sama ada mereka benar-benar mementingkan integriti parti dan pemimpin sepertimana yang mereka laungkan dalam PRU-13 yang lalu. 

Bagi membantu masyarakat Cina memahami pendirian mereka maka mereka mungkin boleh bertanya diri sendiri beberapa soalan ini: 

Dengan sikap pemimpin PR terhadap Teresa Kok, apakah kita boleh mempercayai bahawa PR ingin menyatupadukan rakyat Malaysia? 

Antara Teresa Kok dan Chew Mei Fun, siapakah yang lebih layak diberi kepercayaan untuk membawa keharmonian?  

Antara DAP dan MCA, parti manakah yang layak bercakap tentang keamanan dan patriotisme? 

Antara PKR dan MCA, parti manakah yang menggunakan ‘perkauman’ sebagai alat kempen dengan hujah berbeza-beza mengikut hadirin? 

Jika masyarakat Cina sanggup memilih Anwar dan merasakan pemimpin seperti Teresa Kok sebagai lebih baik dari Chew Mei Fun, maka jelaslah bahawa mereka tidak lagi rasional dalam membuat keputusan dan sebaliknya lebih cenderung bertindak atas dasar emosi dan perkauman. 

Demi RM2 Juta, Hadi Sanggup Menipu

$
0
0

Ekoran dakwaan yang mengaitkan calon dari pakatan pembangkang dengan pil kuda, Presiden Pas Abdul Hadi Awang telah diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500. Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Abdul Hadi dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu berkata dengan lantang, kononnya dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di markas parti mereka.

Dia dipetik berkata, parti Pas tidak boleh menerima perkara sebegitu dan tindakan parti tersebut meletakkan tiga calonnya di kawasan ditandingi PKR diambil agar syaitan-syaitan tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang.

Ekoran dakwaan tersebut, Shamsul telah membuat satu laporan polis dan memfailkan saman bernilai RM2 juta terhadap Abdul Hadi yang didakwa telah memfitnah nya.

Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Plaintif ketika ditemui berkata, tuntutan saman itu dikemukakan setelah Abdul Hadi melalui peguamnya menghantar surat bertarikh 7 November kepadanya dengan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Menurut Mohd. Shamsul yang masih menjadi ahli PKR, tindakan saman itu diambil bagi membersihkan namanya dan dilakukan atas sifat peribadi serta tiada kaitan dengan parti itu yang sebelum ini memintanya agar tidak meneruskan hasrat berkenaan.

Pada 26 Jan yang lalu, mahkamah telah memerintahkan Presiden Pas itu untuk memfailkan draf pembelaan berhubung saman malu tersebut, namun Abdul Hadi gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan itu.

Ekoran dakwaan tersebut, pihak polis sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan menggesa mana-mana pihak yang mempunyai bukti atau maklumat berhubung calon PRU13 yang memiliki rekod jenayah seperti penjualan pil kuda supaya tampil bagi membantu pihak polis melakukan siasatan.

Persoalannya, mengapa Presiden Pas itu senyap membisu berhubung dakwaan yang dilemparkan sebelum ini? Sekiranya benar dia mempunyai bukti atau maklumat, mengapa ia tidak diserahkan kepada pihak polis agar siasatan dapat dijalankan? Mengapa Abdul Hadi membisu seolah-olah TAKUT untuk membela diri terhadap kenyataan yang dilemparkan sebelum ini?

Kesimpulannya mudah, kes ini jelas membuktikan bahawa Presiden Pas itu sebenarnya penipu besar.

Walaupun mereka sering mendakwa kononnya ingin memperjuangkan Islam, namun sebagai tokoh agama ternyata Abdu Hadi terlupa, di dalam Islam menuduh mana-mana individu tanpa bukti yang kukuh dan jelas adalah merupakan satu fitnah yang dikategorikan sebagai dosa besar.

Kaum India Terus Dijadikan Alat Anwar

$
0
0

Menyedari akan kemungkinan kalah di Dun Kajang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim terpaksa menabur janji manis kepada masyarakat India di sana sebagai satu usaha untuk memancing undi.

Anwar ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama komuniti India di Kajang semalam dilaporkan berkata, dia mahu membantu menyelesaikan semua masalah di kawasan itu jika berjaya menjadi wakil rakyat kelak.

Antara janji manis yang ditaburkan semalam ialah, kononnya ingin menyelesaikan harga rumah selain mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Kajang.

"Kita mesti dengar dan ambil tahu daripada rakyat. Saya datang ke sini bukan atas nama ketua pembangkang saya mahu mintak tolong kalau saya menang PRK Kajang kita angkat Selangor kalau ada cadangan saya terima," katanya.

Persoalannya benarkah Anwar jujur terhadap semua janjinya? Apakah dia akan mengotakan semua janji manis yang ditaburnya itu? Jawapannya sudah tentu tidak!

Kerana ini bukanlah kali pertama Anwar menipu khususnya kepada masyarakat India. Pasti ramai yang masih ingat tragedi yang menimpa masyarakat India di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor.

Ketika kempen pilihanraya umum ke-12, Anwar secara peribadi telah datang dan berjumpa dengan semua penduduk kampung tersebut dan berjanji akan menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

“Tapi you percaya sama saya. Ketua Menteri, DAP dengan Keadilan kita punya geng juga. Dua minggu lepas menang (PRU12), mesti itu Ketua Menteri atau dia punya wakil akan datang sini. Betul saya cakap, kalau dia tak buat kerja, Ini bukan Anwar” katanya.

Namun sejurus selepas menang, semua masalah yang melibatkan penduduk India di Kampung tersebut bukan sahaja GAGAL diselesaikan. Malah kesemua rumah mereka telah dirobohkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.

Menurut wakil penduduk, mereka telah bertemu dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 13 Mac 2008, sebaik sahaja DAP mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah hak milik tanah tersebut.

''Guan Eng ada menyatakan sekiranya tanah tersebut belum dipindah milik, beliau akan menyerahkan tanah itu kepada penduduk kampung," katanya.

Malangnya, kerajaan negeri bertindak menukarkan hak milik tanah itu tanpa pengetahuan penduduk kampung menyebabkan mereka menghadapi pelbagai masalah.

''Ramai penduduk kampung mengalami tekanan dan trauma, kami dianggap sebagai setinggan, jadi di manakah nasib kami sebagai tuan tanah," katanya.

Berikutan itu, mahkamah mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah itu sebelum 3 Ogos ini bagi membolehkan pemaju memulakan kerja-kerja pembangunan.

Kesimpulannya, di manakah janji-janji yang ditaburkan oleh Anwar sebelum ini? Buat masyarakat India, buat lah keputusan dan pilihan yang bijak, kerana keputusan ada di tangan anda.
Viewing all 5029 articles
Browse latest View live