Quantcast
Channel: Malaysia Instinct | Menerajui Berita Trending Malaysia!
Viewing all 5029 articles
Browse latest View live

Rumah Kerabat Pahang Dipecah Masuk

$
0
0

KUALA LUMPUR - Seorang buruh dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret kerana memecah masuk dan mencuri barang bernilai hampir RM30,000 di kediaman milik seorang kerabat diraja Pahang. 

Tertuduh, Mohd Faizan Mohamad, 34, dilaporkan melakukan kesalahan itu di Lorong U-Thant pada kira – kira jam 6 pagi, 24 Februari. 

Dia didakwa mencuri tiga set blower pendingin hawa, satu unit lampu chandelier, jongkong tembaga) dan pam air. 

Menurut Majistret Saifulakmal Said,  tertuduh akan menjalani hukuman itu bermula tarikh mulai 27 Februari.

Menurut Mohd Faizan yang tidak diwakili peguam, di sangka rumah itu ditinggalkan kerana keadaan di luar yang bersemak dan tidak berkunci. 

“Saya benar-benar menyesal dan insaf atas perbuatan saya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,"katanya. 

Sinar Harian melaporkan, majistret kemudian menegaskan tidak mengetahui kediaman itu milik seorang kerabat bukan alasan untuk memecah masuk dan mencuri di premis berkenaan dan ia tetap menjadi kesalahan jenayah serius

Tengoklah Dulu Macam Mana...

$
0
0

Sehari selepas menerima kha­baran gembira mengenai penajaan bernilai RM60 juta, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima dua tamparan hebat.

Ketua Jurulatih Perseorangan, Rashid Sidek mengakui, dia belum pasti mahu menyambung kontrak bersama skuad badminton kebangsaan.

Manakala beregu paling senior dalam skuad negara, Tan Boon Heong akhirnya mengikuti jejak rakan-rakan baiknya dengan mengumumkan untuk keluar dari BAM.

Selepas 11 tahun menabur bakti bersama skuad kebangsaan dan memenangi pelbagai gelaran, termasuk All England serta Sukan Asia, Boon Heong mengesahkan sudah menghantar surat kepada BAM untuk meninggalkan persatuan itu.

Boon Heong, 27, merupakan pemain beregu lelaki ketiga meninggalkan skuad kebangsaan selepas Hoon Thien How dan Lim Khim Wah.

Keputusan Boon Heong, yang membentuk gandingan mantap bersama Koo Kien Keat sejak 2006 nyata memberi tamparan hebat kepada BAM yang baru mahu mencongak perancangan selepas mendapat tajaan ‘mewah’ daripada Victor, sekali pun menerima kehadiran Morten Frost selaku Pengarah Teknikal.

Difahamkan, Boon Heong mungkin mahu membentuk semula gan­dingan bersama Kien Keat.

Sementara itu, Rashid pula mengakui, dia masih berbelah bagi sama ada mahu meneruskan tugas bersama skuad kebangsaan.

Kata bekas jaguh perseorangan negara itu, semuanya bergantung kepada kontrak baharu yang ditawarkan oleh BAM, malah membayangkan mungkin tidak akan menurunkan tanda tangan andai tiada kenaikan gaji.

“Saya akan tengok dahulu kontrak yang ditawarkan, sekiranya bersetuju saya sambung, kalau tidak puas hati saya tidak sambung.

“Memang Frost kata akan sambung dua tahun tetapi bergantung kepada saya juga dan kontrak yang ditawarkan.

“Saya tidak kata 100 peratus saya akan berada di sini, semua jurulatih tunggu kontrak mereka selama tiga bulan termasuk saya. Sudah semesti­nya kami berharap gaji naik, kalau tidak puas hati, saya tidak akan sambung.

“Gaji kami semua memang tidak tinggi sangat tetapi ada kenaikan. Kalau dibandingkan dengan jurulatih luar, memang gaji mereka le­bih tinggi daripada kami semua. Gaji abang saya (Datuk Misbun Sidek) juga berganda-ganda lebih tinggi daripada saya,” katanya ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini semalam.

Kelmarin BAM memetrai perjanjian bernilai RM10 juta setahun selama enam tahun bersama syarikat pengeluar barangan sukan dari Taiwan, Victor merangkumi aspek kewangan serta peralatan sukan.

Suntikan kewangan itu bukan sahaja boleh digunakan untuk pembangunan pemain malahan boleh digunakan untuk tawaran kontrak yang lebih baik kepada barisan kejurulatihan sedia ada.

Hampir semua jurulatih utama telah tamat kontrak termasuk Rashid, Tey Seu Bock, Rosman Razak, Pang Cheh Chang, Jeremy Gan serta Wong Tat Meng dan mereka hanya diberi lanjutan kontrak hingga Mac.

Cita Citata Hina Kaum Papua

$
0
0

Bandung: Sekumpulan peguam mendesak Presiden Jokowi mengarahkan penyanyi Sakitnya Tuh Di Sini, Cita Citata meminta maaf secara terbuka kepada semua ketua masyarakat di Papua.

Jurucakap mereka, Acong Latief berkata, Cita menghina satu daripada kaum yang ada di Indonesia dan ia tidak boleh dibiarkan begitu saja.

“Kami menuntut presiden mengarahkan Cita meminta maaf kepada ketua masyarakat di Papua,” katanya.

Isu itu tercetus pada akhir Februari lalu apabila Cita muncul di khalayak ramai dengan pakaian tradisi Papua.

Kemunculan itu disertai dengan komen Cita yang dianggap menyinggung perasaan penduduk wilayah berkenaan.

“Walaupun cantik, saya masih harus mencantikkan wajah. Bukan macam orang Papua, kan?” katanya.

Cita, 20, memang tidak berhati-hati ketika bercakap di tempat awam.

Sebelum itu dia mengaku masih bujang dan hanya akan berkahwin pada usia 25 tahun.
Kenyataan itu menyebabkan suaminya marah dan memohon untuk menceraikannya Disember tahun lalu.

Acong berkata, beberapa saksi dibawa ke balai polis untuk membuat laporan rasmi bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil ke atas Cita.

“Rakaman kenyataan Cita itu sudah diserahkan kepada polis Jakarta Barat,” katanya.

IS Malaysia Terlibat Penggal Kepala

$
0
0

Penglibatan rakyat negara ini bersama kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria ternyata sudah melampau dan tersasar daripada ajaran Islam.

Terbaharu, dua pemuda anggota IS Malaysia dikesan terlibat dalam rakaman video penyembelihan rakyat Syria di negara bergolak tersebut.

Video berdurasi 30 saat itu dipercayai dirakam oleh rakyat negara ini yang dikenal pasti oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Mohd. Faris Anuar, 20, berasal dari Gurun, Kedah.

Turut berada dalam rakaman tersebut ialah rakannya, Muhammad Wanndy Mohamad Jedi, 25, dari Durian Tunggal Melaka.

Muhammad Wanndy kemudiannya dipercayai memuat naik video tersebut menerusi akaun Facebook menggunakan nama Abu Hamzah Al Fateh pada 22 Februari lalu.

Berdasarkan rakaman itu, seorang lelaki warga Syria disembelih oleh seorang lelaki Arab kerana didakwa menjadi pengintip kepada tentera Bashar al-Assad.

Kemudian, seorang lelaki berwajah mirip Melayu mengangkat kepala yang telah terputus itu sambil melaungkan ‘Allahuakbar’ sambil Muhammad Wanndy bergambar dengan mayat tersebut serta Mohd. Faris merakamkan video ber­kenaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, Muhammad Wanndy bertolak ke Syria bagi menyertai IS pada 26 Januari lalu bersama isterinya, Nor Mahmudah Ahmad, 26, yang berasal dari Baling, Kedah.

“Mereka pergi ke sana menaiki kereta api menerusi Bangkok sebelum menaiki pesawat ke Moscow seterusnya ke Istanbul dan masuk ke Syria.

“Sementara Mohd. Faris dikesan pergi ke sana pada 23 September tahun lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut Ayub Khan, peng­libatan rakyat negara ini dalam kejadian penyembelihan seperti ini merupakan kali ketiga selepas dua anggota Jemaah Islamiah (JI) terlibat dalam insiden sama di negara jiran pada 2007 serta dua anggota Darul Islam yang menyertai kumpulan Abu Sayyaf melakukan perkara sama di Selatan Filipina pada 2011.

“Ideologi kumpulan ini sama iaitu berdasarkan Salafi Jihadi yang menghalalkan mereka melakukan tindakan ganas dan kejam.

“Jika kita bukan daripada kumpulan berkenaan, mereka boleh bunuh dan sembelih walaupun sesama beragama Islam,” ujarnya.

Selain itu, ujar Ayub Khan, pihaknya turut mengesan seorang rakyat Malaysia yang kini berada di Syria memberi ugutan bunuh terhadap ahli keluarganya sekiranya terlibat dengan kerajaan atau menghalang tindakannya ke Syria.

“Dia memberi amaran menerusi Facebook sekiranya ada ahli keluarganya termasuk ibu bapa dan adik-beradik terlibat dengan kerajaan atau menghalangnya menyertai IS, dia akan balik dan jika ada kesempatan akan membunuh mereka,” katanya.

Muhamad Wanndy Kaki Perempuan

$
0
0

Rumah Muhamad Wanndy di Durian Tunggal

ALOR GAJAH: Perwatakan Muhamad Wanndy Mohamad Jedi yang kali terakhir dilihat di rumahnya di Bukit Tambun, Durian Tunggal dekat sini pada Aidilfitri tahun lalu tidak menggambarkan dia seorang yang alim.

Malah, seorang penduduk kampung pernah dimarahi selepas menegurnya kerana sering membawa wanita pulang ke rumah.

"Saya pernah tegur kelakuannya yang bawa balik perempuan setiap malam, tetapi dimarahi abangnya supaya tidak campur urusan mereka. Ia menimbulkan rasa kurang selesa, sebab itulah saya menegurnya. Cuma tak sangka teguran dibalas dengan cacian," katanya kepada BH ketika tinjauan ke rumah berkenaan, hari ini.

Dia adalah anak ketiga daripada empat beradik dan kini yatim piatu selepas kematian ibunya akibat penyakit leukemia empat tahun lalu.

Pemuda itu tinggal bersama abang sulungnya di rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibina atas tanah milik ibunya.

Kakaknya pula difahamkan sudah berkahwin dan menetap di Taman Ayer Keroh Heights, manakala lokasi adik perempuan bongsunya pula tidak diketahui.

Ketika tinjauan, tiada orang di rumah itu, manakala ruang beranda dan sekitarnya dipenuhi sampah sarap, termasuk pakaian, topi dan plastik.

Difahamkan, abang sulung lelaki itu masih menetap di situ dan biasanya pulang ke rumah lewat tengah malam.

Dahlan Zainuddin Diserang Jangkitan Paru-Paru

$
0
0

Penyanyi veteran, Datuk Dahlan Zainuddin, 74, dimasukkan ke Hospital Ampang akibat jangkitan paru-paru sejak enam hari lalu.

Dahlan ketika dihubungi Utusan Online hari ini mengulas mengenai tahap kesihatannya yang semakin beransur pulih selepas diberikan antibiotik oleh doktor kesan daripada batuk yang berpanjangan hingga sukar bercakap.

“Sebenarnya saya sudah batuk sejak setahun lalu dan hanya membuat pemeriksaan berkala dengan doktor keluarga sahaja biarpun diarahkan untuk masuk wad kerana saya banyak buat persembahan nyanyian. Masalahnya, penyakit ini jadi semakin serius minggu lalu hingga badan saya sudah tidak berdaya lagi menahan batuk.

“Saya terus dimasukkan ke wad kecemasan bagi pemeriksaan jantung pada petang Jumaat lalu selama tiga jam sebelum di masukkan ke wad biasa di sebelah malamnya,” katanya yang popular dengan lagu Kisah Seorang Biduan itu.

Nekad Kurus Selepas Terbunuh Anak Saudara

$
0
0

AMERIKA SYARIKAT - Seorang wanita di Texas membuktikan bukanlah satu perkara mustahil untuk menurunkan berat badan.

Mayra Rosales, 34, mempunyai berat badan hampir 300 kilogram, kini berjaya menurunkan berat badan hingga menjadi 90 kilogram.

Mayra pernah hampir dipenjarakan apabila mengaku secara tidak sengaja membunuh anak saudaranya, Eliseo, dengan menghempap ke atas kanak-kanak itu.

Pada hakikatnya, Mayra ketika itu cuba melindungi kanak-kanak itu daripada didera ibunya yang juga kakak Mayra.

Selepas kakaknya dipenjarakan, Mayra bertekad menguruskan badan kerana mahu menjaga anak saudaranya.


Sejak 2011, dia telah kehilangan lebih 300 kilogram dengan bantuan 11 pembedahan termasuk pembedahan gastrik bypass dan pembedahan bagi membuang lebihan kulit badan selepas kehilangan berat badan yang banyak.

Jadi Model, Dyana Sofya Ingin Kelainan

$
0
0

Ada kelainan... Bekas calon DAP bagi PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud tampak berbeza apabila menjadi ‘model’ dan bukannya sebagai seorang ‘ahli politik’ seperti selalu.

Beliau menerusi laman Facebooknya telah mempromosikan ‘aksi modelnya’ bagi ‘meminta’ derma untuk membantu pertubuhan pertolongan wanita.

“Anda telah mengambil gambar diri sendiri di tempat tidur ? Jangan lupa untuk mendapatkan sebuah majalah bulan ini! Ikuti di Instagram.

“Muat naik gambar sendiri dengan kapsyen akan menderma RM10 kepada Women's Aid Organisation (WAO) untuk setiap muat naik dan anda selesai!” tulisnya, hari ini.

Dalam pada itu, Dyana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong tujuan baiknya tersebut.

“Terima kasih atas sokongan,” tulisnya.

Sementara itu, Dyana ketika dihubungi berkata, tujuannya itu hanyalah bagi mengutip dana membantu golongan wanita.

"Saya tidak berhajat menukar profesion, masih lagi aktif berpolitik," katanya kepada Sinar Online.

AJK PAS Pusat Dipukul

$
0
0

Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad ditumbuk dan dipukul sekumpulan lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Shah Alam, pagi tadi.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat, berkata bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu diserang ketika pulang daripada menunaikan solat Subuh.

"Selepas menumbuk, penjenayah ini berkata 'kenapa kurang ajar sangat?'," katanya menerusi kenyataan di Facebooknya yang merujuk ancaman yang diterima Dzulkefly.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan membuat provokasi terhadap pimpinan PAS.

"Matlamat jahat mereka adalah memecahbelahkan PAS," katanya.

Insiden yang menimpa Dzulkefly ini adalah kejadian berbaur ancaman kedua yang diterima pemimpin PAS.

Sebelum ini, kereta Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli cuba dibakar di pekarangan rumahnya di Desa Haras, Hulu Kelang, Ampang, 14 Februari lalu.

Kedua-dua kejadian ini dipercayai ada kaitan dengan pertelagahan dalaman yang berlaku dalam PAS membabitkan kumpulan tertentu termasuk kemungkinan pergelutan antara golongan profesional dan ulama.

PAS kebelakangan ini juga dilihat sering bertikam lidah membabitkan beberapa pemimpin tertingginya terutama selepas penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) yang didakwa mereka bermotifkan untuk menggulingkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

India Haramkan Dokumentari Kes Rogol

$
0
0

NEW DELHI - INDIA. Sebuah mahkamah di India mengharamkan penerbitan dokumentari berkaitan kes rogol berkumpulan terhadap seorang pelajar perubatan, tiga tahun lalu.

Temu ramah Leslee Udwin bersama Mukesh Singh, salah seorang perogol yang memperkosa mangsa berusia 23 tahun itu telah mencetuskan protes di seluruh negara, sekali gus memaksa India menguatkuasakan undang-undang antirogol.

Menurut Reuters, dalam dokumentari itu, Singh berkata wanita yang gemar keluar malam patut dipersalahkan kerana telah menarik perhatian lelaki untuk mencabul mereka.

Sementara itu, jurucakap polis Delhi Rajan Bhagat memberitahu, kenyataan kesat dan menghina wanita yang dikeluarkan Singh mencetuskan ketakutan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

Difahamkan, dokumentari tersebut dijadual ditayangkan di India dan beberapa negara lain seperti Britain dan Denmark pada 8 Mac sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Bagaimanapun, Udwin yang juga penerbit dokumentari nyata tidak bersetuju dengan pemotongan perbualan selama sembilan minit itu dan menegaskan ia tetap akan diterbitkan di seluruh dunia seperti dirancang.

3 Khan Ancam Keamanan India?

$
0
0

Sebuah berita mengejutkan datang dari dunia politik India selepas salah satu parti yang berkuasa di sana, BJP MP, menuduh bahawa trio Khan iaitu Shah Rukh Khan, Aamir Khan dan Salman Khan tidak layak untuk beraksi di layar perak atau televisyen.

Menurut perwakilan parti tersebut, Sadhvi Prachi, trio Khan ini telah merugikan negara kerana peranan mereka mempromosikan adegan yang menggunakan kekerasan.

Tidak hanya trio Khan, Hrithik Roshan juga turut dipersalahkan keranan bertanggungjawab atas kebanyakan tindakan kekerasan yang dilakukan masayarakat India.

“Saya pernah bertanya kepada seorang anak kecil yang mengaku ingin menjadi seperti Hrithik Roshan, Shahrukh Khan, Salman Khan, dan Aamir Khan. Saya soal mengapa, jelasnya  mereka sangat bagus apabila bertarung dan melakukan adegan kekerasan," ujar Sadhvi kepada pihak media.

Jawapan tersebut membuatkan parti BJP MP menyarankan anak muda India agar tidak lagi menonton filem aksi Hrithik Roshan dan trio Khan di bioskop. Mereka juga menyarankan kepada pengikut sayap kanan Hindu agar membakar semua poster film trio Khan yang sedia ada.

Lucut Jawatan Dalm Umno, Kenapa Baru Sekarang?

$
0
0

Selepas diisytiharkan berstatus muflis pada hujung tahun 2014, suami kepada pelakon Datin Paduka Umie Aida yang sebelum ini Naib Ketua Bahagian Umno Batu Kawan , Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dilaporkan telah dilucutkan dari jawatannya itu dalam senarai ahli Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Setiausahanya, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, beliau menerima surat yang memaklumkan mengenai pelucutan jawatan Khairuddin daripada Ibu Pejabat Umno, Kuala Lumpur.

Perkara ini disahkan selepas dia diisytiharkan muflis apabila sebuah hartanah mewah bernilai RM2.1 juta milik Khairuddin terletak di Mont Kiara yang juga merupakan hadiah perkahwinan buat Umie Aida telah dilelong di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic tidak lama dahulu.

“Pelucutan jawatan Khairuddin adalah selaras dengan perlembagaan parti. Ia juga sejajar dengan Perkara 9A (1)(d) Akta Pertubuhan 1966 bahawa seorang yang bankrap yang belum dilepaskan tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pertubuhan,” katanya dalam satu kenyataan pada pemberita baru-baru ini.

Biarpun Khairuddin diisytiharkan muflis oleh Mahkamah pada 24 Mei tahun 2014 namun hal tersebut tidak menggugat rumahtangga yang dibinanya bersama aktres Umie Aida sejak 2009 itu. Malah, mereka sering memberi semangat antara satu sama lain.

Ahli politik berkenaan juga telah memohon maaf diatas masalah yang telah mengheret isteri tercintanya bersama menanggung malu.

“Saya mohon maaf kepada Umie kerana banyak mengheretnya dalam isu ini, namun dia selalu memberi sokongan dan semangat kepada saya sepanjang perjuangan ini.

“Umie tenang dan cekap sepanjang menghadapi pahit getir perjuangan ini, dia ialah seorang isteri yang amat cekal dan miliki kekuatan yang menakjubkan,”puji Khairuddin kepada isterinya yang merupakan pelakon popular itu.

Biarpun tidak lagi menduduki jawatan tertinggi dalam UMNO Pulau Pinang, Khairuddin masih menjadi ahli Umno yang layak menghadiri mesyuarat dan mengundi tetapi tidak boleh dipilih memegang jawatan.

Beberapa bulan lalu, Khairuddin telah membuat laporan polis terhadap 1MDB serta anak syarikatnya kerana mendakwa ia menjalankan perniagaan yang boleh dipersoalkan.

Beliau juga dalam satu temu bual bersama sebuah portal berita mendakwa pemimpin Umno Pulau Pinang tidak melakukan kerja, sebaliknya hanya ‘tidur’.

Paramedik Tak Peduli Pesakit Nazak

$
0
0

RUSSIA - Seorang anggota paramedik dibuang kerja selepas mengakui mengambil gambar selfie dengan seorang pesakit yang sedang nazak di dalam ambulans.

Bukan setakat itu, Tatiana Kulikova, 25, meletakkan kapsyen "Seorang lagi si bodoh" dan "Saya benci kerja saya" pada dua keping gambar yang diambil itu.

Tindakan Tatiana itu dikecam ramai kerana dia dengan jelas tidak memberi perhatian kepada pesakit tersebut.

Keluarga pesakit berkenaan dikatakan sedang berkira-kira untuk menyaman Tatiana.

Tatiana setakat ini belum memberikan sebarang reaksi balas.

Pelakon Dicekup Khalwat Kali Kedua

$
0
0

Pelakon Putri Mardiana telah ditangkap khalwat kali kedua bersama kekasihnya, Shahrizam Abdullah atau Ejump pada pagi Sabtu, kira-kira jam 4.00 pagi di kediaman isteri Ejump sendiri, di USJ 1, Subang Jaya.

“Ya, mereka ditangkap di kediaman saya pagi tadi. Maaf, saya tidak mahu komen panjang kerana kes penceraian saya dan suami masih dibicarakan di mahkamah,” kata isteri (Nor Hasni) Ejump sendiri ketika dihubungi oleh pihak Astro Gempak.

Nor Hasni bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, tetapi mengesahkan suaminya dan Putri Mardiana telah ditangkap khalwat buat kali kedua. Disember tahun lalu, Putri Mardiana juga ditangkap khalwat bersama Ejump di sebuah kondo di Ukay Perdana selepas didapati berdua-duaan.

Namun pelakon tersebut menafikan dia dan teman lelaki ada melakukan perkara tidak elok dan mendakwa Ejump hanya singgah minum air selepas menghantarnya pulang ke rumah. Untuk tangkapa kali kedua ini, mari kita tunggu apa pula jawapan dari Puteri Mardiana. 

MH370 Di Australia?

$
0
0

CANBERRA: Penemuan satu bungkusan tuala tertera logo MAS di pantai Barat Australia oleh sepasang suami isteri boleh dianggap petunjuk terbaharu bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 yang genap setahun pada Ahad lalu.

Tuala itu sedang dianalisis bagi mencuba dan mengesahkan sekiranya ia adalah dari pesawat yang hilang berkenaan.

Tuala kertas kecil itu berada dalam paket tertulis Malaysia Airlines yang dihantar ke Canberra untuk diuji dan disahkan selepas ditemui oleh sepasang suami isteri ketika berjalan di pantai di Cervantes pada Julai lalu, lapor Nine News.

Pasangan itu yang menemui paket tuala itu berkata, "ia tidak terbuka, memang sesuatu yang luar biasa."

"Jika ia terbuka dan dijumpai terdampar di situ maka ia adalah sesuatu yang berbeza sepenuhnya," kata pasangan itu.

The Daily Telegraph melaporkan pakar percaya kemungkinan paket kecil seperti tuala itu bergerak jauh tanpa mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan terbaharu di pantai Barat Australia itu boleh memberikan petunjuk bagi merungkai misteri pesawat MH370 yang hilang bersama 239 orang di dalamnya pada 8 Mac 2014.

Baru-baru ini, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) mengeluarkan laporan interim setebal 584 muka surat.

Tak Perlu Izin Nak Seksi

$
0
0


Rakyat Malaysia dikejutkan dengan aksi berani pelakon dan juga isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle bergambar seksi hingga menampakkan bahagian dada.

Namun Murai Batu difahamkan pihak media cuba menghubungi dirinya untuk meminta komen namun tidak berjaya.

Tetapi Diana boleh dikatakan menjawab isu gambarnya itu menerusi Instagram dengan mengunakan kata-kata yang sinikal iaitu ‘Freedom Is Being You, Without Anyone’s Permission’ kalau di alih Bahasa Melayu ‘Kebebasan Adalah Hak Kamu, Tidak Perlu Meminta Kebenaran’.

Entahlah, bagi Murai Batu tindakan Diana Danielle berani bergambar bercoli dan bersalut badannya dengan bendera Amerika Syarikat sememangnya mencetuskan tanda tanya ramai pihak.

Apa jua jawapan yang diberikan olehnya pastinya akan mengundang 1001 persepsi negatif, tapi kita memang tiada hak untuk menghukum tetapi kita digalakkan untuk menegur sekiranya sesuatu perbuatan itu boleh mengundang kontroversi.

Jadi kepada Diana Danielle, jawapan daripada mulut anda memang dinantikan semua orang, kalau Diana itu adalah orang biasa pun terkena juga dengan tohmahan negatif apatah lagi anda seorang selebriti lebih dikenali ramai, apa-apa pun beringat sebelum terkena yaa…

Benjy Ambil Dadah Lagi

$
0
0

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki dadah, Khamis lalu. 

Mana Perginya Coli

$
0
0

Kota Kinabalu: Beberapa pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dipercayai di Pulau Sulug, terkejut apabila menyedari gelagat dua gadis warga asing yang bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli, dengan tidak menghiraukan sensitiviti penduduk tempatan dan pelancong lain.

Aksi kedua-dua warga asing berusia sekitar 20-an itu bukan saja diperhatikan pengunjung kanak-kanak, malah perbuatan mereka berjaya dirakam beberapa pengunjung lain di pulau itu yang terletak di bawah bidang kuasa Taman-Taman Sabah (TTS).

Seorang pengunjung, Mardiana Abdul Ezam, 33, berkata, dia hanya menyedari perbuatan pelancong asing itu selepas ditegur salah seorang anaknya sebaik menjejakkan kaki ke pulau berkenaan kira-kira jam 9 pagi, Ahad lalu.

“Pada mulanya, saya menyangka anak tersilap cakap apabila mendakwa melihat perempuan tidak berbaju sedang bermain pasir.

“Saya kemudian melihat ke arah mereka dan terkejut apabila mendapati dakwaan anak memang betul,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Adik Benjy Rayu Jangan Hukum Abang Dulu

$
0
0

Anak perempuan kepada Allahyarhamah seniwati Azean Irdawaty, Elza Irdalynna memohon semua pihak tidak cepat menjatuhkan hukum ke atas abangnya, Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy sekalipun beliau telah sekali lagi ditangkap oleh pihak polis baru-baru ini berikutan penemuan dadah di dalam beng tangan miliknya bersama sepucuk pistol angin. 

"Saya harap semua orang akan dapat menghormati tentang perkara ini dan tidak terus menjatuh hukum dia sebagai bersalah dalam hal ini. Kerana selagi dia masih lagi belum dibuktikan bersalah, dia tidak boleh dianggap sebagai pesalah," kata Elza ketika diwawancara Hlive sewaktu berakhirnya malam gala Ikal Mayang di panggung GSC, kompleks beli-belah Quill di Jalan SUltan Ismail. 

Menurut Elza lagi, secara peribadi dia tidak pernah memandang negatif terhadap abangnya itu. 

"Saya tak rasa dia seorang yang negatif. Kalau kita tengok kes-kes sebelum ini, kes yang kedua, di didapati tidak bersalah. Tapi, pihak media yang sering mewatakkan dia sebagai negatif. 

"Walaupun apa pun, dia tetap abang saya dan kami tetap akan bersama dia. Kami tetap sayangkan dia. Sebagai keluarga, kami kami akan sentiasa bersama. 

"Buat masa ini, saya masih belum dapat berhubung dengannya dia lagi. Tapi, kami sedang berusaha menerus peguam keluarga kami," katanya lagi. 

Sami Aghori Suka Makan Daging Orang

$
0
0

Memakan daging manusia, minum menggunakan tengkorak dan tinggal bersama mayat, menyebabkan satu puak sami ini sangat digeruni penduduk di India.

Sami Aghori yang tinggal di bandar suci Varanasi yang terletak di negeri Uttar Pradesh ini mengamalkan gaya hidup pelik, kononnya untuk lebih dekat dengan Tuhan.

Puak ini tinggal di kawasan pembakaran mayat dan memakan daging manusia serta minum menggunakan tengkorak sebagai satu ritual keagamaan.

Mereka juga menggigit kepala haiwan hidup hingga putus, meditasi di atas mayat dan mendakwa boleh meramal masa depan.

Maka, tidak hairanlah mengapa puak sami ini sangat digeruni penduduk di India sehingga mereka dianggap golongan terbuang.

Namun bagi jurugambar Itali, Cristiano Ostinelli, puak berkenaan sangat unik dan dia sanggup tinggal bersama untuk merakamkan kehidupan mereka.

Ostinelli berkata, gambar berkenaan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyelami kehidupan sami misteri itu.

“Mereka diselubungi misteri yang hebat. Mereka juga digeruni penduduk di sini kerana didakwa boleh meramal masa depan, berjalan di atas air dan mempunyai kuasa sihir,” katanya.

Sami itu menggunakan ganja, alkohol dan meditasi untuk membantu mereka mencapai tahap tidak kesedaran tertinggi dan membawa mereka lebih dekat dengan dewa Hindu, Shiva.

Mereka percaya dengan mendekati mayat walaupun dianggap tabu atau mengganggu oleh orang ramai mereka semakin hampir ke tahap kesucian.

Sami ini percaya dewa Shiva dan Kali Ma juga tinggal di kawasan pembakaran mayat serta makan apa sahaja yang dibuang oleh manusia.

Mayat biasanya dibakar dan abunya dibuang ke dalam Sungai Ganges yang mengalir di Varanasi tetapi ada mayat yang dibuang tanpa dibakar.

Sami Aghori dipercayai mengutip mayat ini untuk upacara keagamaan mereka.

Ada bahagian mayat digunakan sebagai perhiasan atau alat pemujaan manakala dagingnya dimakan mentah-mentah.

Mereka percaya darah dan daging hanya sementara dan tubuh badan manusia pula adalah bentuk yang tidak penting.

Kepercayaan itu menyebabkan mereka suka tinggal di kawasan pembakaran mayat dan dikelilingi kematian serta mayat yang mereput.

Puak sami ini mudah dikenali kerana berjalan dengan pakaian yang sedikit atau tidak berpakaian langsung.

Mereka percaya dengan tidak berpakaian boleh menghalang mereka daripada godaan dunia dan menunjukkan badan manusia dalam bentuk yang paling suci.

Puak Aghori percaya amalan mereka berasal dari sami puritan, Baba Kinaram yang dipercayai hidup pada kurun ke-17

Viewing all 5029 articles
Browse latest View live