Quantcast
Channel: Malaysia Instinct | Menerajui Berita Trending Malaysia!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029

Melaka Haramkan Polistirena

$
0
0

MELAKA – Kerajaan negeri Me­laka akan mengharamkan penggunaan bekas makanan diperbuat daripada polistirena di semua kafe di bangunan kerajaan, premis makanan pihak berkuasa tempatan dan sekolah di negeri ini mulai 15 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Kamarudin Md. Shah berkata, langkah itu merupakan fasa pertama program ‘Melaka Tanpa Polistirena’ yang bertujuan mengurangkan penggunaan bahan polistirena yang sukar diurai serta menjejaskan alam sekitar.

Menurutnya, fasa berkenaan akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula September ini sebelum diperluaskan ke semua premis makanan di seluruh Melaka termasuk bangunan swasta.

“Tindakan tegas akan diambil antaranya lesen perniagaan tidak akan diperbaharui jika peniaga ing­kar arahan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program ‘Go Green Together’ di Institut Perguruan Guru (IPG), Durian Daun di sini semalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029