Quantcast
Channel: Malaysia Instinct | Menerajui Berita Trending Malaysia!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029

Seleweng..600 Kakitangan Perhutanan Perak Ditukar

$
0
0

Hampir semua daripada kira-kira 600 kakitangan Jabatan Perhutanan Perak terbabit dalam pertukaran terbesar agensi itu bermula hari ini bagi membendung penyelewengan dan kegiatan pembalakan haram di negeri itu.

Ketua Pengarah Perhutanan, Datuk Seri Dr Abd Rahman Abd Rahim, berkata mereka daripada kumpulan sokongan seperti Renjer Hutan, Pengawas Hutan dan Pekerja Am Hutan di seluruh Daerah Pentadbiran Hutan (DPH) Perak telah diarah berpindah tempat bertugas.

Katanya, kakitangan yang disyaki terbabit melindungi pembalakan haram berhadapan tindakan undang-undang dan bakal dikenakan hukuman tatatertib tegas, termasuk dibuang kerja jika disabitkan bersalah oleh mahkamah.

"Mulai 1 April (hari ini) juga pemantauan ke atas hampir 600 kakitangan di semua DPH akan dipertingkat bagi memastikan mereka mematuhi peraturan.

"Pengarah Perhutanan Perak (Datuk Roslan Ariffin) sudah memaklumkan perkara ini dan saya mahu tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terbabit," katanya kepada BH semalam.

BH sebelum ini mendedahkan Hutan Simpan Temengor, Banding, menjadi sasaran kegiatan pembalakan haram selepas serbuan pihak berkuasa Khamis lalu berjaya merampas 80 pokok balak dianggar berusia lebih 150 tahun ditebang.

Berikutan itu, Jabatan Perhutanan Perak mengumumkan tindakan menukar 30 kakitangan, terutama yang bertugas di Pejabat Perhutanan Daerah Hulu Perak bagi meningkatkan aspek pengurusan dan penguatkuasaan kawasan hutan.

Abd Rahman berkata, pihaknya memandang serius masalah ketirisan di Perak kerana kerajaan hilang sumber pendapatan selepas gagal mengutip cukai selain risiko berlaku masalah alam sekitar terjejas teruk.

Sementara itu, beliau memaklumkan, pihaknya sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengesan kegiatan penyelewengan di Jabatan Perhutanan negeri lain yang terdedah kepada pembalakan haram.

"Ini (operasi) adalah peringkat pertama, selepas ini kita akan ke Pahang, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor kerana kakitangan lapangan di sana turut terdedah kepada kegiatan sama.

"Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak memantau negeri lain kerana sasaran adalah membersihkan Jabatan Perhutanan Semenanjung sebelum akhir tahun ini," katanya.

Beliau berkata, kakitangan Jabatan Perhutanan sepatutnya memiliki tahap integriti yang tinggi kerana menjaga aset negara dengan mana-mana individu yang melanggar peraturan tidak akan dilindungi sama sekali.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029

Trending Articles