Hiasan
Dunia sekarang, suami orang semakin pandai bergaya dan bijak mengambil hati. Mana tidaknya, cuba saudara bayangkan, lelaki berusia hampir 40 tahun masih boleh mengayuh basikal sejauh 48km! Gagah bukan?
Oleh itu tidak hairanlah mengapa semakin ramai anak dara mudah tertawan hati, sehingga sanggup menjadi isteri muda. Bukan salah si lelaki pandai jaga paras rupa dan bukanlah salah si gadis yang ingat jejaka tersebut masih bujang. Kalau sudah jodoh, tidak menggatal pun perkara tersebut pasti terjadi.
Satu sahaja masalah bercinta dengan suami orang, kalau nasib baik bolehlah jadi isteri muda. Kalau nasib tidak baik, jadi teman wanita sementara yang akan dibuang dengan mudah.
Bagaimana nak tahu kalau nasib baik ke tidak? Mari lihat petanda berikut:
1. Temu janji berahsia
Kalau nak jumpa, perlu di tempat tertentu. Tidak boleh dilihat orang awam. Bukan sebab nak romantic, sebenarnya si dia takut isteri pertama nampak. Tetapi yang lebih penting di sini, sekiranya niat di hati ingin memperisterikan seorang gadis, kenapa perlu bersembunyi? Sahlah sekadar teman wanita sementara.
2. Panggilan misteri
Bukan sekadar tempat janji temu perlu disorok, malah panggilan telefon juga perlu disorok.
3. Janji temu pada waktu pelik
Anda tidak boleh mengejutkan si dia di pejabat atau pada hari minggu. Malah kebanyakan masanya si dia yang perlu mengatur janji temu untuk mengikut waktu si dia. Bukan sebab sibuk dengan mesyuarat. Cuma nak elak isteri di rumah mengamuk. Lagi sedih apabila anda tidak boleh luangkan masa bersama si dia sewaktu cuti, kerana waktu cuti akan dihabiskan bersama isteri dan anak. Nak ke jadi perempuan kedua?
4. Jangan post di Facebook!
Lelaki merupakan species yang tidak berapa peduli sedikit. Jadi jika anda ingin memaparkan di Facebook bahawa anda merupakan teman wanita si dia, si dia tidak mungkin melenting jika ingin jadikan anda isteri. Tetapi sekadar teman wanita sementara yang si dia tidak mahu diketahui oleh isteri di rumah, semestinya si dia akan tutup akaun Facebook.
5. Jangan ambil gambar!
Awak ingat si dia itu tak photogenic, sebab itu enggan bergambar? Merepeklah.
6. Anda tidak bertemu ibu bapa si dia
Tanda paling penting bakal menjadi isteri adalah anda akan bertemu ibu bapa, keluarga, teman DAN isteri pertama si dia. Jika tidak, memang tiada harapan. Tak jumpa isteri pertama konon nak kahwin di sempadan Siam? Janji kosong sahaja itu.