Pekan ajaib yang terletak di Peru kini menjadi tarikan pelancong seluruh dunia. Ianya dikenali sebagai Huacachina iaitu satu pekan oasis dimana para pelancong dapat menikmati pemandangan yang indah terutama menyaksikan matahari terbenam.
Pekan tersebut dihuni oleh 96 orang penduduk yang mengusahakan perniagaan pasir. Kebanyakkan daripada penduduknya merupakan kaum Inca yang bersedia menyambut tetamu bagi menikmati keindahan landskap emas diantar bebukit pasir disekelingnya.
Tasik atau oasis tersebut terbentuk secara semulajadi. Terdapat juga satu lagenda yang mengaitkan kewujudan kawasan berkenaan dengan cerita seorang puteri kayangan yang mandi di situ telah ditemui pleh seorang pemburu. Menyedari kehadiran pemburu, puteri berkenaan dengan pantas meninggalkan tasik berkenaan sehingga tertinggal jubahnya. Jubah tersebut yang dikatakan telah menjadikan bukit-bukit pasir yang ada.