Quantcast
Channel: Malaysia Instinct | Menerajui Berita Trending Malaysia!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029

Siapa Boleh Gantikan Najib

$
0
0

Barisan kepemimpinan Umno pada hari ini dilihat masih belum mampu mengambil alih tugas jawatan yang digalas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan ketika membayangkan perkara itu berkata, barisan kedua dalam parti yang terdiri daripada Naib-naib Presiden Umno perlu 'dibina' lagi ekoran masih belum ada yang menonjol.

"Untuk masa ini, Najib masih diterima. Tiga Naib Presiden itu belum mencapai (tahap yang dikehendaki) kerana kadang-kadang kita lihat (mereka) terlalu cepat beri reaksi.

"Tapi untuk sekarang, tiada pemimpin yang bagus untuk mengambil alih (jawatan Najib)," katanya ketika ditemui pada Persidangan MPN Dilema Negara : Isu dan Cabaran Pekerja Asing Di Malaysia, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat, pemimpin yang bijak bakal memberi reaksi terakhir sekali selepas menilai semua situasi.

"Pemimpin yang bijak, dia yang bercakap terakhir bukan pertama. Kena lihat (semua), baru kita ulas.

"Tapi kadang-kadang orang kata, tidak bermalam (isu itu) sudah diberi respons. Cerita itu tak habis lagi, dia dah (beri respons)," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029

Trending Articles