Perasaan benci warga Ukraine makin meluap terhadap Presiden Rusia, Putin. Rasa benci mereka dizahirkan dengan mencetak gambar Putin di tisu tandas. Tisu tersebut kini laris di Ukraine dan terdapat tulisan yang membawa makna 'Putler' iaitu Putin dan Hitler.
Warga Ukraine marah disebabkan tindakan Putin yang membiarkan penyokong pro beliau hingga tercetusnya perang saudara yang melibatkan kematian seramai 4300 orang.