Quantcast
Channel: Malaysia Instinct | Menerajui Berita Trending Malaysia!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029

Orang Umno Hanya Sibukkan Jawatan

$
0
0

Rasanya perkara ini perlu diberikan perhatian serius. Bukan apa, kalau dibiarkan sahaja maka rosaklah parti keramat orang Melayu ini. Boleh dikatakan UMNO adalah parti yang terlalu banyak memberikan jawatan. 

Contohnya, dalam Pemuda UMNO Malaysia jawatan yang telah ada berpuluh tahun lalu sudah cukup untuk Pemuda UMNO sebelum ini bekerja. 

Namun tak tahu kenapa sekarang ditambahkan lagi jawatan diperingkat bawah pula. Lepas ketua pemuda ada pembantunya, dibawah pembantu ada biro. Dibawah biro pun ada jawatankuasa lagi, dibawah jawatankuasa ada lagi jawatankuasa. 

Tapi kerjanya bagaimana? Semua macam anak burung menantikan mak burung datang suap dalam sarang. Itupun kalau budget turun. Kalau budget turun ada kemungkinan ada program. Kalau tak turun maka memang tak ada gerakkan lah. 

Itu belum lagi dipihak Puteri, Wanita dan UMNO sendiri. Ditambah pula dengan bahagian. Jawatan panjang berjela, kad business pun berlambak-lambak lah cetak. Tapi habuk pun tak ada. 

Takut-takut yang dikalangan orang UMNO aktif, semua perasan jadi boss. Boss mana boleh buat kerja berat-berat (dalam fikiran kecil mereka). Maka inilah sebab apabila diajak orang UMNO gotong royong, maka yang datang pakai kasut kilat, seluar slack, songkok dan baju batik bergosok lebih ramai dari yang pakai T-Shirt lusuh nak buat kerja. 

Berubahlah. Sebelum orang betul-betul menyampah.. 

Sudah-sudahlah berlagak tak tentu pasal tu. Dek perangai "boss-boss" ni, orang benci parti pulak dah. 

Orang-orang Pakatan Rakyat jangan nak gelak sangat bila baca posting ini. Sebab ini realiti politik Malaysia. Ini masa UMNO, parti korang pun dah ada tanda-tanda nak jadi macam ni. Owh maaf. Kalau PKR dia macam WWE, yang nak masuk PKR kene pandai fighting. Maklumlah setiap kali mesyuarat tahunan nak kene bertempur macam dalam cerita Young And Dangerous.

Orang DAP pun toksalah sengih, korang memang tak buat kerja-kerja yang mengotorkan baju untuk masyarakat. Calon korang yang kalah kat teluk intan aritu pun berlakon di Sabah kononya menyangkul. Walhal cangkul pun plastik tak buka lagi. 

PAS ok sikitlah. Cumanya sekarang ni semua benda pas kepada Unit Amal. Yang lain takut jubah kotor nanti takut sembahyang tak sah pula. 

Dua kali lima sahaja politik di Malaysia ni. Terpulang kepada siapa yang mahu menang. Kami di sini bagi nasihat sahaja. Nak terima, silakan, takmau terima lantak kamu lah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029