Quantcast
Channel: Malaysia Instinct | Menerajui Berita Trending Malaysia!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029

Psiko Sun Yang

$
0
0

Juara Olimpik acara renang China yang pernah mencetuskan kontroversi, Sun Yang mempertaruhkan satu sesi makan malam ala barbeku dengan pesaing dari Korea Selatan, Park Tae-hwan di samping berkata dia pasti menewaskan atlet tuan rumah berkenaan.

Dalam satu iklan komersial disiarkan stesen televisyen China, Sun mendakwa dia lebih hebat dalam acara yang disertainya berbanding Tae-hwan menjelang pertarungan mereka di kolam renang minggu depan.

“Tolong gandakan usaha anda,” kata Sun. “Jangan biar saya menang terlalu mudah,” katanya lagi sebelum melakukan terjunan ke kolam dan berenang dengan gaya itik.

Sun yang terkenal dengan minatnya terhadap kereta berkuasa tinggi serta wanita cantik, mencuri tumpuan di Olimpik London dua tahun lalu apabila muncul atlet lelaki China pertama menang emas di kolam renang apabila menakluk acara gaya bebas 400 dan 1,500 meter.

Imejnya bagaimanapun tercalar apabila ditahan polis selepas memandu kereta Porsche miliknya tanpa lesen. Dia dihukum penjara seminggu dan pihak berkuasa sukan China menggantungnya selama enam bulan.

Tetapi kemunculannya dalam iklan komersial itu sambil mempersendakan Tae-hwan seolah-olah memberi petanda dia sedia untuk kembali menggegar.

Sun mempersendakan Tae-hwan dengan berkata: “Encik Park, anda ialah kebanggaan Korea selain mempunyai peminat yang tidak terhitung ramainya. Anda cukup popular hinggakan venue pertandingan turut menggunakan nama anda. Tetapi saya tidak peduli.” Dalam satu babak, Sun yang turut pernah terbabit dalam kontroversi berikutan perbalahan secara terbuka dengan jurulatihnya, membandingkan wajahnya dengan bintang Korea itu.

“Encik Park, biarlah kita bertaruh. Siapa yang kalah harus belanja yang menang dengan makan malam barbeku ala Korea.” Salah satu babak dalam iklan komersial itu turut menunjukkan Sun memaki hamun Tae-hwan di dalam air dan suaranya diubah seperti suara Donald Duck.

“Encik Park, anda memecahkan rekod Asia dan temasya sebelum ini,” katanya.

“Tetapi saya sudah memadam rekod berkenaan. Tahun ini di Incheon, cubalah cipta rekod baru jika anda berpeluang melakukannya.” Dua perenang terkemuka Asia itu akan memulakan aksi dalam acara 200 meter Ahad ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029