Quantcast
Channel: Malaysia Instinct | Menerajui Berita Trending Malaysia!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029

Melayu Diam Jangan Diusik

$
0
0

Orang Melayu mempunyai semangat yang amat kental. Ini diceritakan bukan sahaja oleh para sejarawan tempatan malah ia juga diakui oleh para pengkaji sejarah luar negara.

Perkataan “AMOK @ Running Amok” yang diadaptasi oleh Bahasa Inggeris cukup untuk membuktikan bahawa ada sesuatu yang istimewa di dalam diri bangsa Melayu ini sehingga tidak dapat ditafsirkan oleh bangsa lain. 

Running amok atau amok (mengamuk) menurut kajian pengkaji barat seperti Jennifer Westmeyer dan rakan-rakan seangkatan dengannya menunjukkan satu sifat psikologi yang dulu hanya terdapat di dalam bangsa Melayu. 

Interpretasi barat tentang amok atau mengamuk ini adalah berkonotasi negatif. Ini kerana kebanyakkan kejadian amok yang dicatat oleh mereka adalah dimana SEORANG Melayu melakukan pembunuhan secara melulu tanpa mengira sebab. 

Pada mereka amok akan menyebabkan kerosakkan harta benda, kecederaan dan kematian mangsa-mangsa yang tidak bersalah. 

Pada hemat penulis, pandangan ini adalah satu pandangan yang amat salah! Ini disebabkan kegagalan para pengkaji barat untuk memahami jiwa Melayu itu sendiri. 

Jika kita lihat dari satu sudut berbeza, orang Melayu adalah bangsa yang paling penyabar. Melayu menerima apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka.

Bangsa Melayu juga adalah bangsa yang mempunyai tahap toleransi yang amat tinggi berbanding dengan bangsa-bangsa lain di Asia Tenggara. 

Melayu itu diserang, ditekan, dihina dan dipijak ia akan tetap sabar. Tetapi, kesabaran Melayu itu ada batasnya, dan apabila mereka sedar bahawa mereka telah dianiya, maka hilanglah segala pertimbangan mereka. 

Maka disitulah amok berlaku dan apabila segala rundingan telah gagal maka semangat juang Melayu itu akan terbit menuntut pembelaan. 

Perkara ini disebut oleh Dato JJ Raj salah seorang daripada pegawai Polis yang terlibat secara tidak langsung di dalam tragedi Bukit Kepong.

Beliau menyatakan bahawa orang Melayu ini jika dijadikan kawan maka mereka akan menjadi kawan yang terbaik tetapi bila diserang mereka akan jadi seperti HARIMAU.

Menurut Dato JJ Raj lagi, apabila kumpulan kecil anggota Polis Melayu bertarung dengan Komunis di Bukit Kepong, mereka bertarung seperti semangat atau ruh nenek moyang mereka berada dibelakang. 

Amok yang hadir di dalam Orang Melayu membuatkan mereka tidak takut mati apabila agama dan bangsa mereka diserang. 

Perkara yang sama ditunjukkan oleh para Askar Melayu semasa pendudukan Jepun di Malaya dan juga para anggota Askar Melayu di zaman modern yang ditugaskan untuk menjaga keamanan di bawah bendera Bangsa-bangsa Bersatu. 

Semangat keperwiraan dan amukan orang Melayu telah mekar bukan sahaja mempertahankan negara tetapi juga untuk keamanan dunia. 

Satu insiden yang benar-benar menggamit hati penulis adalah bagaimana satu Pasukan Rejimen Askar Melayu DiRaja Malaysia (RAMD) yang telah ditugaskan di Somalia dengan jayanya menyelamatkan para perajurit U.S. Ranjers di dalam medan perang. 

Apa yang menarik disini ialah, Askar Melayu masuk ke medan perang tanpa bantuan mana-mana pihak lain. Tentera Udara Pakistan yang terkenal dengan kehebatan mereka di udara pun berpatah balik kerana tidak sanggup masuk ke dalam kawasan perang. Namun Askar Melayu tetap meneruskan misi. 

Di dalam kawasan perang, Askar Melayu dihujani dengan peluru daripada para pemberontak. Namun, mereka dengan gagah, dapat menyelamatkan perajurit U.S. Rangers dan menyelesaikan misi mereka.

Pada hemat penulis, amok atau semangat juang itu adalah satu nilai yang istimewa. Ia menjadi rahsia di dalam DNA orang Melayu kita.

Namun begitu ianya perlu dizahirkan dengan betul supaya ia tidak menjadi bala yang akhirnya akan memakan diri sendiri. 

Pendek kata, musuh-musuh negara tidak patut takut dengan “Melayu” yang berguling di tengah jalan bila marah. Mereka juga tidak perlu takut dengan “Melayu” yang bertempik menghasut agar negara berpecah. 

Tetapi mereka perlu takut dengan Melayu yang duduk diam dan bersabar. Kerana dalam kesabaran Melayu ada hadnya. Apabila had itu telah dilepasi, senjata tercanggih di dunia pun belum tentu dapat menghalang amukan Melayu tersebut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029

Trending Articles