Isu pengisian jawatan MB hanya untuk puaskan tembolok mantan banduan 1,0 dan bakal banduan 2,0 nampak nya tidak akan berakhir begitu sahaja.
Yang dikira tewas dalam percaturan gatal ini ada lah TS Khalid Ibrahim. Tapi cuba tengok betul betul sekali lagi, benarkah Khalid yang tewas?
Jika diteliti benar benar, bukan Khalid yang tewas atau rugi, Khalid hanya menghadapi personal lost tidak jadi Menteri Besar lagi itu sahaja.
Atau setakat tukar life style dari kesebukan harian kepada bermain golf dengan lebih kerap, itu sahaja. Selain itu periksa lah latar belakang Khalid di mana dia sebelum ini. Ada kah berpuluh tahun masuk politik tunggu giliran mahu naik jadi MB? tidak juga.
Khalid berada di tempat lain tetapi tup tup jadi MB kerana circumstances yang mengejutkan.
Ada ratusan orang mungkin ribuan orang mahu jadi MB masuk politik pun tidak jadi MB juga.
Yang sebenar rugi dan tewas ada lah PAS.
Ya benar, PAS Selain dilihat sebagai parti yang tidak boleh lagi diguna pakai perkataannya apatah lagi perbuatannya.
Teori sendiri pun tidak di turuti nya, praktikal memang tiada. PAS tewas 2 kali dari kemelut isu MB.
Tidak dapat di fikir manusia jenis apa yang bakal menyokong PAS lagi.
Seburuk buruk UMNO yang PAS selalu jadikan bahan selindung tiap kali mati akal tidak dapat menjawab isu pun masih ada kiraan untung rugi nya.
Kini yang untung ada lah puak sekular dari dalam PAS yang condong kepada pemimpin luar iaitu Anwar Ibrahim.
Amat malu presiden parti Islam tunduk tewas dalam undian parti kepada pemimpin anti hukum dan pro liberalisma dan puja Israel.
PAS seperti biasa cuma hirup kuah setelah isi semua dimamah oleh pihak lain dalam komponen Pakatan Rakyat.
Ramai pihak mengumpamakan PAS seperti sekor haiwan yang setia kepada tuan nya dan gelaran ini amat dimarahi oleh ahli PAS , namum petunjuk tidak kelain , selain itu lah yang dapat dilihat.
Tahaluf siyasi apa nama jika yang PAS sentiasa akur dan tunduk dan berfungsi hanya sebagai tukang supply pendemo dan unit amal kepada kerja kotor pihak lain.
Kini setelah kelihatan lesu dan maruahnya lunyai dan hancur , PAS tiada jalan lain yang terbaik untuknya berbakti kepada Isilam, ia itu bubar ataupun jadi sebuah unit dalam PKR sebagai unit pembekal orang untuk berdemo atau berhimpun.
Itu lah yang terbaik, kerana tiada siapa mahu mendengar cerita Islam dari seorang penghirup kuah dalam Pakatan Rakyat.