Quantcast
Channel: Malaysia Instinct | Menerajui Berita Trending Malaysia!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029

Pembuka Tirai Kemerdekaan 57

$
0
0

Alunan selawat dan qasidah bergema di Dataran Merdeka malam tadi dengan penganjuran program Doa Untuk Malaysia, pembuka tirai bagi program sambutan Ulangtahun Hari Kemerdekaan ke-57 negara kita.

Program yang julung kali diadakan ini berjaya menarik kira-kira 20,000 warga kota yang sebelum itu turut menunaikan solat maghrib dan menyertai bacaan surah Yasin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir kemudian dengan diiringi tetamu kehormat yang lain, menunaikan solat Isya' dan solat hajat yang diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamed al-Bakri.

Majlis selawat dan qasidah diketuai oleh Habib Syech Abdul Qadir bin Abdul Rahman as-Sagaaf dari Indonesia, diikuti dengan penyampaian tausiyah "Cinta Rasul" oleh Sayyid Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Hasani.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Fuad Hassan, program ini dianjurkan dengan tujuan menjadi wadah untuk seluruh rakyat malaysia agar terus berdoa demi keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan negara disamping mendapat rahmat dan perlindungan dari Ilahi.

Untuk rekod, tahun ini negara dilanda dengan pelbagai ujian yang berat, antaranya insiden kehilangan pesawat MH370, diikuti dengan insiden pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine.

"sambutan ulangtahun (kemerdekaan) pada tahun ini agak berbeza, sebagai tanda hormat kita terhadap insiden yang telah terjadi. Program hiburan dikurangkan, dan kami akan menggantikannya dengan program berbentuk ilmiah bagi mendidik rakyat akan pentingnya menghayati aspek kemerdekaan," kata Fuad, yang menambah sambutan ulangtahun kemerdekaan tahun ini ini akan berlangsung selama sebulan sehingga 16 september.

Program malam tadi dianjurkan secara bersama oleh kementerian Komunikasi dan Multimedia, majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) d

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029