Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan sebuah maahad tahfiz di Penjara Kluang di Johor bertujuan melahirkan para banduan yang mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan maahad yang mendapat kerjasama kerajaan negeri Johor itu setakat ini telah menghasilkan banduan yang mampu menghafaz 10 juzuk kitab suci itu.
Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya merancang untuk mewujudkan empat lagi pusat tahfiz di penjara-penjara terpilih dalam tempoh enam bulan hingga ke setahun berikutan kejayaan di Penjara Kluang.