Seorang wanita di India memfailkan aduan kepada polis Selasa lalu selepas lapan remaja yang merogolnya tahun lalu dan menyebarkan video terkutuk itu di media sosial.
Menurut mangsa yang berusia 20 tahun itu, selama ini dia tidak berani mendedahkan maklumat kepada polis kerana takut suspek akan memuat naik video itu di Internet dan merosakkan reputasinya.
Jurucakap polis berkata, selepas mangsa mengetahui rakaman itu tersebar di Facebook mangsa terus membuat laporan polis. “Empat daripada lapan suspek ditahan Selasa lalu sementara pencarian besar-besaran dijalankan untuk menangkap yang lain,” katanya kepada media semalam.
Kata jurucakap itu mangsa mendakwa keluar makan tengah hari bersama seorang daripada suspek pada Ogos tahun lalu di Basadha.
Tidak lama kemudian, empat lelaki lain tiba dan mereka membawanya ke tempat terpencil sebelum tiga lagi lelaki muncul. “Kejadian rogol berlaku di situ dan rakaman video diambil.
“Suspek diancam supaya merahsiakan kejadian itu jika tidak mahu aksi berkenaan disebarkan kepada pihak lain,” kata jurucakap polis