Quantcast
Channel: Malaysia Instinct | Menerajui Berita Trending Malaysia!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029

Tee Keat Idam Presiden

$
0
0

Perebutan jawatan Presiden dalam pemilihan MCA yang akan diadakan Sabtu ini bakal menyaksikan pertembungan tiga nama besar.

Mereka ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Naib Presiden, Gan Ping Sieu dan bekas Presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Tiong Lai menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 1.30 petang manakala Ping Sieu berbuat demikian 30 minit kemudian diikuti Tee Keat pada pukul 3.40 petang.

Pengumuman senarai calon yang bertanding dibuat oleh Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha selepas proses penamaan calon bagi semua jawatankuasa pusat (CC) parti itu tamat pada pukul 5 petang ini.

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan MCA ekoran kekalahan teruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selain memberi laluan kepada generasi baharu menerajui parti.

Dalam pada itu, jawatan Timbalan Presiden menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Naib Presiden, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Ketua Pemuda, Datuk Wee Ka Siong.

Jawatan Naib Presiden pula menjadi rebutan sembilan calon antaranya, Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong; Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Wee Jeck Seng dan ahli jawatankuasa pusat, Lee Chee Leong.

Selain itu, Cho Ha dan Timbalannya, Datuk Hou Kok Chung juga akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden.

Seramai 58 calon akan bertanding bagi merebut 25 kerusi ahli CC dalam pemilihan kali ini.

Pemilihan berkenaan akan berlangsung di Wisma MCA, Jalan Ampang, di sini dan dihadiri kira-kira 2,385 perwakilan serta pemerhati dari seluruh negeri.

Tiong Lai yang ditemui pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan berkata, beliau berjanji akan melakukan perubahan menyeluruh bagi memperkasakan parti itu.

"Saya yakin perwakilan akan memberi sokongan kuat kepada pasukan transformasi dipimpin oleh saya dalam memastikan MCA pada masa hadapan menjadi sebuah parti yang dinamik dan menyuarakan pandangan masyarakat Cina di negara ini," katanya.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5029

Trending Articles